Tuesday, March 13, 2012

Wanginya Bunga Rampai - Haswida Abu Bakar

Posted by Hajar at 9:49 PM


Tajuk: Wanginya Bunga Rampai
Penulis: Haswida Abu Bakar
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman: 367 mukasurat
ISBN: 9789670201399

Seperti yang dicatatkan di belakang buku, Haswida Abu Bakar menerapkan ilmu perfileman untuk menghidupkan novel ini. Memang betul. Bila membaca buku ni seolah-olah kita menonton filem atau drama. Suasana macam real. :)

Wanginya Bunga Rampai (WBR) ni banyak menerapkan unsur-unsur kekeluargaan dan sikap kerjasama antara penduduk kampung. Walaupun ada juga perbezaan pendapat disebabkan perbezaan fahaman politik, tapi tetap nampak keharmonian dalam kampung tersebut.

Kisah yang dipaparkan pun agak simple tanpa konflik berat.

WBR mengisahkan Arif Azri (Arif) yang baru pulang dari luar negara diminta oleh ayah (Dr. Baharin) dan ibunya (Cikgu Halimah) untuk membantu majlis perkahwinan sahabat karib waktu remajanya, Helmi. Oleh kerana hubungan yang agak rapat di antara keluarga Arif dan Helmi waktu Dr Baharin dan Cikgu Halimah ditugaskan di Kampung Molek, Arif tidak keberatan untuk membantu keluarga Helmi dalam perlaksanaan majlis perkahwinan itu. Masa majlis ini lah kita boleh nampak suasana keharmonian dan kerjasama antara penduduk kampung. :)

Tiba di Kampung Molek, Arif bertemu dengan Seri, rakan karib Che Su (adik Helmi) yang juga datang untuk membantu persiapan majlis Helmi ni. Terjatuh hati pula. Tapi malangnya, kedua-duanya dah bertunang dengan pilihan keluarga sendiri. Arif, bertunang dengan Nurul atas wasiat moyangnya (yang terpaksa dipenuhi oleh sebab perjanjian asal antara moyangnya dan moyang Nurul telah diingkari oleh datuk dan kedua ibu bapa mereka). Seri pula ditunangkan dengan Syed Haikal, pilihan keluarga sebab mereka tak mahu 'hilang'kan pangkal nama Syed dan Syarifah untuk generasi keturunan mereka. Yela, kalau Seri berkahwin dengan lelaki yang tiada pangkal nama Syed di depan, hilanglah gelaran yang mereka banggakan tu kan?

Di sinilah bermulanya konflik dalam diri masing-masing. Sama ada mahu menurut kata hati atau mahu menuruti kehendak orang tua? Bagaimana nak buat keputusan yang takkan melukakan mana- mana pihak?

Komen saya: Buku yang sesuai untuk bacaan santai. Banyak input positif yang boleh kita dapat dari sini. Suasana yang dipaparkan juga membuatkan kita seolah-olah berada di dalam kelompok cerita ini. :)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review