Saturday, August 18, 2012

Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Posted by Hajar at 10:45 AM
Tajuk: Projek Memikat Suami (PMS)
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit: Penulisan Enterprise.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 525 mukasurat
ISBN: 9789671120828

Saya kira buku ini antara e-novel yang sangat di nantikan oleh para penggemar dan pembaca e-novel tegar. Hehe. Jadi, saya cuba untuk menaip secara santai yang boleh ya. Dan saya juga rasa ada yang kata cerita ni agak over, tak logik dan tak sesuai untuk anak remaja (yup, yang ini saya setuju. Jadi adik-adik, sila cukupkan umur dulu baru baca ye?). Mungkin dari sudut pandangan kita sebagai orang timur, projek memikat suami si Husna ni agak extreme dan tak sesuai dengan budaya kita. Tapi sebab dah nama pun fiksyen, maka pepandailah distinguish antara yang baik dan buruknya ya?

Nawwal Husna (Husna) dan Zahrain Alimin (Zahrain) dijodohkan atas pilihan keluarga. Memang, kalau ikutkan kepala Husna tu memang dia tak ingin bersuamikan si mamat ketul ais beku yang ego tinggi melangit tu. Sebab bimbangkan perniagaan dan kesihatan bapanya, Husna sanggup berkorban meninggalkan keseronokan bersama 'geng kutu rayau' yang sibuk melancong selepas tamat pengajian mereka. Perjumpaan pertama dengan Zahrain, memang meranapkan impian untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, Zahrain awal-awal lagi dah tunjuk kebenciannya pada Husna. Konon Husna bukanlah tastenya. Haish. Bila kena pujuk dan diugut oleh ibunya, pandai pula Zahrain ni mengalah.

Dari sinilah bermula peranan kakak Husna yang berdua tu dalam membentuk mentaliti Husna untuk mengharungi perkahwinannya. Banyak petua yang diturunkan oleh master-ji dan sidekicknya ni kepada Husna. Bak kata Kak Naja, kalau si ibu boleh berkenan dengan Husna, takkan Husna tak boleh buat anaknya pula jatuh suka kan?

Yang paling menyakitkan hati adalah, hari pertama berkahwin, si suami dah ada hajat nak berpoligami. Kesian Husna. Memang gigih nak tawan hati suami. Tapi suami boleh dok pertahankan ego kononnya takkan jatuh cinta pd isteri sendiri. Huh. Tapi bila nampak isteri dengan lelaki lain bukan main lagi melentingnya sampai bawa diri ke Hong Kong. Husna juga yang terpaksa mengaku salah lepas tu. Haish..

Ego Zahrain yang tinggi melangit tu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Adira, model terkenal yang pernah ada hubungan dengan Zahrain mula membuat onar dalam perkahwinan Zahrain dan Husna. Masa ni dapatlah kita tengok mamat ketul ais beku ni berusaha memikat isteri pula. Namun, berjayakah mereka menyelamatkan rumahtangga yang bila-bila masa bakal menyembah bumi tu?

Watak Husna ni memang berjaya mengubah tanggapan saya tentang heroin cerita-cerita berunsurkan kahwin paksa / kahwin aturan keluarga. Nak tahu selanjutnya kenalah baca sendiri ya? :)


Komen saya: Seronok tengok depa berdua ni main tarik tali walaupun kadang-kadang ada rasa macam nak campak je mamat ketul ais beku tu dalam lombong. Haha. Overall saya berpuas hati dengan kisah ni. Plot dan konflik yang tak ada unsur sinetron. Hehe. Konflik pun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa ada unsur-unsur pembalasan kejahatan pd watak antagonis. Hasil yang tidak begitu mengecewakan untuk seorang penulis baru. Tahniah Hanina untuk PMS. Moga bakal ada lagi karya yang bakal menyusul lepas ni. Oh, dan terima kasih juga untuk tandangan di buku saya. :)

16 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Technician Tua said...

OK apa sesuai untuk semua rasanya, x da la sangat scene2 yang boleh dianggap keterlaluan
Cuma sikap masyarakat kita yang tertutup bila berbicara perihal hubungan suami isteri
Menyebabkan ada yang anggap keterlaluan dan melampau

Rasanya point penulis mudah jer nak ditangkap
Dalam perhubungan perlu ada kreativiti dan juga tindakan dari kedua2 pihak
Untuk memastikan perkahwinan yang dibina dapat kekal bahagia

Seperti yang una kata, kalau x berusaha keras memikat suami dan x kreatif membangkitkan suasana
Jangan salahkan perempuan lain yang lebih terbuka dan kreatif dalam menarik minat suami anda
Hingga dia lari kepada yang lebih menyenangkan dan menghiburkan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Hajar said...

It's okay. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tak perlu nak bertelagah. :) Selamat Hari Raya semua. Hv a great holiday! :)

Cerita Hanina said...

Salam Hajar. Terima kasih kerana mengambil masa menulis review PMS. You have written a fair review as I know you would. Kpd w.t. dan Porche Rimba...terima kasih di atas input anda. Saya budak baru belajar....
Hajar..input2 dari pembaca banyak membuat sy berfikir ttg hala tuju Kisah Naz & Khaalish. Apa2 pun sy rasa i just have to be myself when i write or else the flow of the story will surely go haywire. Eid mubarak! Maaf zahir dan batin. Tqvm for yr friendship :)

Technician Tua said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

admn:

ai delete ai punye komen
x nak ada sesi kipas mengipassss
ai kalah nk ON kn kipas.

Technician Tua said...

Saya delete komen kedua yang ditujukan kepada puan rimba tu, komen asal x da dihalakan kepada sapa2 jadi x yah la nak ikut delete jugak mcm cik puan rimba

x sangka komen simple mcm tu pun boleh buat orang terasa dan merajuk...

Maaf yer hajar, terkacau kat sini plak...

syira destroyer said...

hajar...overall tiptop :)

Hajar said...

Sorry, balik kampung 2 hari broadband connection kaput. thihi.

porche rimba + w.t. :
it's okay. mcm saya dh gtau hr tu la. semua orang ada hak utk suarakan pendapat masing-masing. saya pun tak pertikaikan siapa salah atau siapa yang betul. bagi pihak saya sendiri, saya mintak maaf la kalau ada yang tak selesa dengan apa yang saya ulas di sini ya? :)

Hanina:
Waalaikumussalam. Wah, i'm honoured. penulis sanggup mencemar duli jenguk blog saya malam raya. hihi. Sama-sama. Yup, agreed. You just have to be urself. Ye, memang susah nak puaskan hati semua orang, tapi harapnya takdelah sampai takut nak menulis sebab bimbang dgn readers feedback ya? Apa pun, good luck + all the best to you. :)

Syira:
wah-wah, ni berkurung ke sepanjang raya ni menghadap PMS? hihi..

Ayu dzulkarnain said...

overall cite ni best.setuju ngan review hajar.
Gigih nye seorg isteri nk tackle hubster sendiri memang respect ngan una.
rasa nk cepuk je si kucing jantan senyum herot tu skit2 nk PMS!!
Cuma part SIL Una tu mcm tergantung, sama ada dia dah berbaik or still cold war ngan una.


zm said...

xmau komen apa2... tapi.... oh my englishh.... crita ni memang sexy habis n so hot.... awwwww windu dgn senyum senget kuceng jantan tu.... cuma kadang2 part time zahrain suka buat una nagis tu jer aii rasa mcm nk sepak bontot dia... yg lain semua ok.... ohhh hanina, ur the best....uhuuuu baca novel org puteh pun x buat aii malu2 kambeng mcm ni.... kyaaaa....

Hajar said...

ayu:

hahaha. sabar jela. jom cepuk ramai2 si kucing jantan senyum herot tu. :P

zm:

ehem2, kata tamau komen apa2 but end up komen panjang berjela juga. hahaha ramai yang emo dengan Zahrain nampaknya.

Unknown said...

Assalam hajar, bagi salam perkenalan sbb baru join komen. Dah lama intai blog ni baru terasa nak komen, cerita PMS ok ja...baru habis baca, tahniah buat penulis.
saya suka blog hajar ni sbb citarasa awak sama ngan saya tak la pening kepala nak cari buku kat kedai hanya layari laman ni boleh tengok komen hajar pasal buku yang dibaca.
thanks la untuk awak sbb wujudkan blog ni memudah kan orang yang macam saya ni nak cari buku hehehe.

Hajar said...

Waalaikumussalam Along Nani. Salam kenal ya? Saya pun nak berterima kasih sebab sudi dtg bertandang ke blog saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah kalau apa yg dicatat kat sini dpt bantu awak memilih bahan bacaan. Saya pun budak baru belajar. Kalau ada salah atau silap fakta kat memana jgn malu / segan utk menegur ya? Thanks again. :)

wanteh said...

saya rasa apa una buat tu lah yang patut kita semua sebagai isteri buat... kat luar kita tutup lah semua...kat rumah..kalahkan semua miss universe ya :)
however, tak senang nak buat semua tu and nak maintain sampai tua...dah dapat anak, depa dah besar, terkejut tengok mak pakai camtu!
apa2 pun, tahniah Hajar..a job well done!!

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review