Sunday, October 14, 2012

Gadisku Wan Adnin - Noor Suraya

Posted by Hajar at 2:23 PM



Tajuk: Gadisku Wan Adnin
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman: 313 mukasurat
ISBN: 9789670201528

Rasa macam dah lama tak membaca karya Noor Suraya ni. Jadi bila dengar kata Kak Su nak keluar buku baru memang excited habislah.  Hehe. ;)

Kali ni Kak Su bawa kita ke dalam dunia Wan Adnin (Adnin) yang hidup di bawah kongkongan Wan Suhaidah (Tok Bonda). Memang sekali pandang Adnin ni ibarat Rapunzel yang terkurung di dalam istana. Apa tidaknya, Adnin cuma melihat dunia luar hanya sebab menyambung pengajiannya. Tamat pengajian, Adnin terkurung kembali dalam dunia 'Rapunzel'nya.

Adnin ni sebenarnya terlalu sayangkan Tok Bondanya sebab Tok Bonda inilah penyelamatnya. Setelah ibu dan ayahnya bercerai dan menghilangkan diri, Tok Bondalah yang menjaga dan curahkan sepenuh kasih sayang pada Adnin.  Adnin ni ibarat seperti anak yatim sebelum waktunya. Kesian kan? Mujur ada Tok Bonda yang sudi nak menjaga Adnin. Tapi, malangnya Adnin terkongkong dengan segala macam pantang larang Tok Bonda yang terlalu menjaga status aristokratnya di mata masyarakat.

Kawan-kawan baik Adnin, Zie dan Hani selalu tolong 'brain wash' Adnin supaya jangan terlalu terkongkong dengan protokol dan pantang larang Tok Bonda. Adnin? Tak terpengaruh pun walaupun ada juga lintasan halus untuk 'menderhaka' pada Tok Bonda. Hehe. Untuk calon suami Adnin pun Tok Bonda sangat pemilih. Disebabkan taraf keluarga mereka, Tok Bonda harap Adnin dapat bersuamikan seorang yang setaraf kedudukan mereka juga  Satu persatu calon yang datang di'cantas' oleh Tok Bonda. Calon-calon yang di'cantas'  oleh Tok Bonda memang semuanya dipersetujui oleh Adnin sehinggalah kedatangan lamaran daripada Ahmad Akhtar.

Lalu apakah yang jadi pilihan Adnin? Ikut pilihan Tok Bonda (menolak lamaran itu) atau ikut rasa hatinya sendiri?

Komen saya : Puas hati. Kagum dengan semangat Adnin selepas peristiwa 'memalukan' tu. Kalau orang lain mesti dah cabut lari keluar kampung tapi Adnin masih setia di sisi Tok Bondanya. Menarik juga dengan selitan catatan Wan Yusuf dan cerita di sebalik sejarah negeri Kedah menghantar ufti ke Siam. Usaha yang baik sebab kalau nak suruh baca buku sejarah tu sendiri memang agak payahla kan? Hehe. Suka juga bahagian  epilog dari sudut penceritaan Fatih (anak lelaki Adnin) yang menghantar 'pemergian' Tok Nek dengan tenang dan tabah. Tahniah untuk Kak Su. Lepas ni kita tunggu Cintaku Luruh Di Oxford pula. ;)

5 comments:

KakChik said...

Karya KakSu sentiasa ada pengisian yang akan selalu kita ingat. Sangat suka cara Tok Bonda, walau bagaimana dia terluka tetapi adab sentiasa dijaga terutama ketika segala rahsia yang tidak pernah Tok Bonda ketahui terbongkar ketika majlis Adnin...

Hajar said...

AimieAfifah:
Yup, betul tu Kakcik. Saya suka dengan gaya penulisan Kak Su ni sebab dalam setiap tulisan dia mesti ada pengisian. Tak kiralah keagaamaan, sejarah atau pun kebudayaan. Salute habis. :)

Tok bonda ni tipikal orang tualah. Diorang mesti nakkan yang terbaik untuk insan kesayangan mereka kan? Cuma kita ni yang selalu nampak benda tu terlalu rigid, atau menyusahkan kita.

Unknown said...

salam :)
karya cintaku luruh di oxford tu agak2 keluar bila ye?

Hajar said...

nur sabirah:
w'salam.

Tak pasti pula saya. Tapi harapnya by next yr bookfair dah publish la. Amin! Hehe..

Unknown said...

oo..i see..okey ameen! :D thanks for the info :)
teruskan ur book review eh..suka baca..moga bermanfaat insyaAllah :)

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review