Sunday, December 29, 2013

Pabila Romeo Vs Juliet - E-man Sufi

Posted by Hajar at 2:30 PM 4 comments
Tajuk: Pabila Romeo Vs Juliet
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 513 mukasurat
ISBN: 9789670246611

Ayyad dan Awatif, keduanya sudah ditunangkan semenjak kecil. Oleh kerana hanya Ayyad yang tahu kedudukan hubungan mereka sebenarnya, hubungan mereka memang sentiasa 'panas' sebab Ayyad suka sangat menyakat Awatif dan menaikkan kemarahan Awatif dengan perangai nakal tak bertempatnya. Kelebihan Ayyad, walau macam mana teruk pun kenakalannya, dia tak pernah tertangkap. Even dah terkantoi merokok belakang tandas pun boleh terlepas. Hahah. Jadi, memang tak pelik bila dia boleh jadi peguam. :P

Setelah beberapa tahun, mereka bertemu kembali bila Awatif terlanggar seekor kucing. Bukan main lagi marahnya Ayyad tanpa mengetahui yang dimarah itu adalah tunang sendiri. Bila dapat tau kebenarannya memang jadi malu bertingkat-tingkatlah Ayyad dengan apa yang telah diluahkan pada Awatif sebelum tu. Hah, memang padan muka!

Dilema melanda kedua ibu bapa Awatif bila nak berterus terang tentang ikatan pertunangan antara Awatif dan Ayyad. Walaupun kecewa, Awatif tetap positif sebab dia sentiasa berpegang kepada kepercayaan yang pilihan kedua ibu bapanya adalah pilihan terbaik untuk dirinya.

Cabaran hidup mereka memang betul-betul bermula selepas perkahwinan. Macam mana nak menyesuaikan diri dengan perbezaan yang wujud antara mereka? Lebih-lebih lagi bila Ayyad ada banyak sisi negatif yang tak disukai oleh Awatif. Berjayakah Awatif 'menjinakkan' si pencinta kucing dan perokok tegar yang bergelar romeo ni?

Ayyad, walaupun nampak teramat sayang pada Awatif, masih ada sebahagian ego dalam dirinya yang akan memberontak dengan apa yang mahu diperbetulkan oleh Awatif. Di sinilah Awatif banyak memainkan peranannya sebagai isteri. Awatif memang isteri yang rasional dan bijak menangani kenakalan dan putar belit suami. Memang takde peluanglah kita nak tengok isteri 'meroyan' dan mengamuk bila tau suami dia 'nakal' di luar dan menipu isteri hidup-hidup. Iyalah, nampak bukan main mengiakan rokok merbahaya segala tau-tau dia sendiri ada simpan bekalan dalam rumah. Hahah. Inilah yang orang kata sepandai-pandai tupai melompat, suatu masa nanti jatuh ke tanah juga. Phew..

Komen saya: Memang tak boleh blah betul tahap perasan si hero sorang ni. Rasanya antara semua hero-hero Cikgu E-man Sufi, si Ayyad ni la hero yang paling 'nakal'. Overall memang puas hati sebab kisah 4 serangkai ni dah ditamatkan dengan jayanya. Tahniah buat penulis. :) Cuma bagi saya, bab-bab terakhir kisah PRVJ ni agak 'menenggelamkan' Ayyad dan Awatif sebagai tunjang utama cerita sampai saya sendiri pun jadi keliru, sebenarnya siapa watak utama cerita ni? Dahla dalam kisah orang lain watak dia menyelit sikit je, tiba kisah dia watak lain kemain ramai yang over shadow pakcik ni. Kesian dia. :P Harapnya lepas ni masih ada kisah yang lain ya Cikgu? Jangan berhenti setakat ni aje. Saya nampak kisah adik beradik Megat tu macam ada potensi untuk dikembangkan untuk kisah berikutnya. ;)

Wednesday, December 25, 2013

Kerana Dia, Ratu Sehari

Posted by Hajar at 8:24 PM 0 comments
Tajuk: Kerana Dia, Ratu Sehari
Penulis:  -
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 38.00
Sabah/ Sarawak: RM 41.00
Halaman: 844 mukasurat
ISBN: 9789670201917

Masa nak beli buku ni berkira-kira juga nak pilih warna yang mana satu. Oleh kerana warna ini yang lebih menyerlah maka warna inilah yang jadi pilihan. Hihi. Memang menarik dan saya rasa kalau ada yang berkenan nak letak atas dulang hantaran pun boleh. Kena sangat dengan tema ratu sehari ni. :)

Kerana Dia, Ratu Sehari menghimpunkan 40 buah cerpen hasil garapan 37 penulis dalam sebuah buku. Nampak tebal tapi sebab buku ini menggunakan kertas kuning, maka tak terasalah 'berat'nya buku ni. Pada mulanya saya beranggapan buku ni hanya bercerita tentang urusan nikah-kahwin yang pastinya manis-manis belaka. Tapi saya silap. Bukan setakat cerita tentang urusan nikah-kahwin saja, tapi banyak juga kisah-kisah yang berlaku 'selepas dan di antaranya'. Pelbagai cerita dan pelbagai rasa yang buat kita turut larut dalam kisah-kisah yang dilakarkan.

Antara kisah yang mampu saya recall daripada 40 buah cerpen itu:

Biarkan Hati Menjauh - Ina Rahim

Hidayah dan Hanani, saudara kembar yang sangat rapat. Musibah yang melanda Hanani kerana mahu menyelamatkan Hidayah mengakibatkan perhatian seorang ibu tersisih daripada Hidayah. Hidayah kerap dipersalahkan manakala Hanani pula ditatang dengan alasan Hanani kurang upaya. Sehinggakan kawan baik Hidayah juga mempergunakan Hidayah untuk mendekati Hanani. Sadis! Sedar dengan kedudukan dirinya Hidayah meminta izin untuk menyusul neneknya pulang ke kampung. Siapa yang menyangka, kepulangan Hidayah ke kampung itu rupanya adalah kepulangan untuk selamanya. Sobs.

Diari Pengapit - Pingu Toha

Yang paling menyakitkan adalah apabila orang yang paling kita cintai jadi milik orang yang paling kita sayangi. - Agus. 

Memang pedih menyimpan rasa sendiri. Lebih pedih bila kita tak mampu untuk ungkapkannya kerana kita tak mampu untuk membahagiakannya. Sobs. Sedar yang ajalnya sudah menghampiri, Agus rela melepaskan Julia pada Reza. Agus lebih rela berdiam dan memendam rasa. Segala rahsia hatinya cuma tercoret dalam diari miliknya. Walaupun didesak oleh Julia mahupun Reza untuk meluah rasa, Agus tetap teguh menyimpan rasa hatinya hingga ke nafas terakhir. Sobs. 

Gaun Kahwin Aku -Safirah Salim

Kisah ni sebenarnya lebih pada menyindir masyarakat hari ni yang suka bermegah-megah dan membazir sewaktu mengadakan majlis perkahwinan. Kalau ikutkan Hadi bakal suami Amni ni, majlis yang sederhana mengikut kemampuan mereka sudah mencukupi. Namun, Amni lebih suka berhabis wang ringgit semata-mata tak mahu kalah jika dibandingkan dengan majlis perkahwinan rakan-rakannya. Penyudahnya bila dapat tazkirah percuma dari Hadi selepas bergelar suami isteri, barulah Amni menyedari kekhilafan diri. Betullah kan bak kata Hadi, takkanlah nak memulakan sesuatu yang disukai Allah dengan dosa? Renung-renungkan dan selamat beramal! 

HIV (+) - Ijazati Habib

Seperti kata penulis, cerpen ini ibarat cerminan lumrah kehidupan hari ini. Kita cenderung menghukum tanpa mengkaji dan menggali kebenaran. Aneh. Itulah ujian untuk kita sebagai manusia sebenarnya. :)

Niat untuk membersihkan sampah yang bersepah dalam tandas awam rupanya bawa petaka untuk Vee. Jarum suntikan tercemar menjadi penyebab virus HIV dalam tubuhnya. Disebabkan itu, Vee tersisih dari keluarga, tunangan dan teman rapatnya. Haish, tipikal masyarakat kita. Perkenalan Vee dan Haiqal membawa banyak perubahan positif dalam hidup Vee. Haiqal memang tak pernah prejudis dengan penyakit Vee malah dialah orangnya yang banyak membantu Vee berdepan dengan penyakitnya. Cuma bila Haiqal mula melamar, Vee jadi bimbang. Boleh ke penghidap HIV berkahwin? Bagi saya, sebenarnya kita kena cuba sentiasa jadi positif dalam apa jua keadaan, insya-Allah setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya kan? :)

Okay, cukuplah 4. Nak baca selebihnya kenalah beli bukunya ya? Hehe. ;)

Dari KLCC Ke Tanjung Malim - Fdaus Ahmad

Posted by Hajar at 6:34 PM 0 comments

Tajuk: Dari KLCC Ke Tanjung Malim
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 160 mukasurat
ISBN: 9789671169735

Ini pula sambungan blook Dari Tanjung Malim Ke KLCC.

Masih lagi berpaksikan kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan harian penulis termasuk hal kekeluargaan dan persabahatan. Dan masih juga berjaya membuatkan saya tersengih setiap kali teringat entri-entri yang dimuatkan dalam blook ini. Oh tak lupa, ada juga entri yang buat kita rasa sentap dan berfikir sejenak.

Antara entri yang buat saya tersengih-sengih termasuklah:

Makan Di Kedai Makan - relevannya memang orang kita ni suka bertanya banyak kali walhal kalau buat kerja secara sistematik mesti tak payah nak bertanya dua - tiga kali.

Misteri Batuk - misteri sangat penyakit batuk Fateem yang tak baik-baik. Mana tidaknya, ayah dia sendiri jadi pembekal minuman berais. Hahaha

Status Facebook - yang ni memang sentap habis sebab kebanyakan daripada kita mesti ada buat juga. lol

Seorang Makwe Membuat Aduan Di Maybank - err, ada juga orang macam ni eh? Buat cash deposit guna cheque deposit machine? lol

Pulang - bila kita kalut perkara yang dah biasa kita buat hari-hari pun boleh tersilap. Contohnya tersilap naik tren. Heh. Lepas tu nak salahkan siapa? Sengih ajela kan? :D

Haish, banyak lagi sebenarnya entri-entri menarik. Kalau nak senarai satu-persatu memang sampai esok tak habis menaip. Haha. Jadi nak tau apa yang menariknya kenalah baca sendiri kan? ;)

Dari Tanjung Malim Ke KLCC - Fdaus Ahmad

Posted by Hajar at 4:27 PM 0 comments
Tajuk: Dari Tanjung Malim Ke KLCC
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: Dubook Press
Harga: RM 20.00
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 228 mukasurat
ISBN: 9789671105740

Setelah sekian lama tak membaca blook, nah! Akhirnya jumpa juga blook yang memikat hati. Haha. Terima kasih kepada Dyh atas perkongsian tentang blook comel ini. 

Buat yang tertanya, sebenarnya blook ini adalah himpunan entri-entri blog Sembang Kencang milik penulis yang dibukukan. Memang bukan novel ya anak-anak? Hehe. Bagi yang ingin mencari kelainan, bolehlah cuba membaca blook sebegini. Bukan apa, sesekali membaca kisah daripada real life experience ni lebih realistik untuk mengingatkan kita tentang realiti hidup kan? ;)

DTMKK ni memang hanya berkisar pada kehidupan penulis. Kisah menyeluruh dari zaman kanak-kanak membawa ke zaman remaja seterusnya membawa ke alam pekerjaan. Dan sebahagian kisah dalam ini memang menceritakan perjalanan penulis dari Tanjung Malim ke KLCC untuk mencari sesuap nasi.

Gaya penulis yang bersahaja mampu buat kita tersenyum dengan kisah-kisah yang dilakarkan. Lebih-lebih lagi bila melibatkan anak kecil bernama Fateem tu. Hahaha. Memang tak kering gusi dibuatnya. Dan saya tak pelik bila Fateem tu pun banyak 'onar'nya bila kita hubungkaitkan dengan kisah-kisah yang dilakarkan oleh penulis. :P

Banyak kisah yang buat kita rasa, "Eh, ini aku pun pernah buat dulu." Hahaha. Seumpama dejavu. Memang buat kita terkenang-kenang zaman-zaman 'berhingus' dulu. 
 
Tengah taip entri ni pun dok tersengih tak habis lagi. Hish, parah! Tahniah buat penulis sebab berjaya buat saya tersengih sampai ke sudah. :P

Tuesday, December 24, 2013

Dalam Hati Ada Dia? - Illa Shanahila

Posted by Hajar at 11:30 PM 3 comments
Tajuk: Dalam Hati Ada Dia
Penulis: Illa Shanahila
Penerbit: Penulisan Enterprise
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 589 mukasurat
ISBN: 9789670567204

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pertemuan Wanda Nurhannah (Wanda) dan Nick Rayyan (Nick) bermula di stesen komuter bila Nick mahu menukar syiling untuk membeli tiket perjalanannya. Penampilan Nick yang selekeh menyebabkan Wanda menganggap  Nick tu tak siuman. Kerana takut diganggu, Wanda menyerahkan beg berisi syiling tanpa menyedari phone charm yang baru dibelinya diberikan sekali kepada Nick. Barang rare tuu!

Setiap kali pertemuan di stesen komuter Wanda kerap melarikan diri kerana bimbang diganggu Nick sehinggalah Nick muncul di kawasan pejabat Wanda. Barulah Wanda tau siapa sebenarnya Nick. Itulah, jangan suka nilaikan orang berdasarkan luarannya. Nanti sendiri yang malu. Nasiblah Nick jenis tak kisah. Selamba je ajak si Wanda ni teman dia makan setiap kali lunch. Hubungan yang berlangsung itu akhirnya membuatkan perasaan Wanda mula berbunga-bunga setiap kali bertemu Nick.  Tapi Wanda tak tahu yang sebenarnya Nick banyak menyimpan rahsia semata-mata untuk melindungi Wanda.

Kemunculan Fahim, teman rapat merangkap teman sepengajiannya mula menggugat perasaan Wanda. Memang dulu Wanda suka Fahim tapi bila Wanda luahkan perasaannya terus kena reject. Alasannya, mereka cuma berkawan rapat dan Wanda tak ada ciri-ciri gadis idamannya. Yelah, dulu Wanda tu tomboy. Manalah sepadan nak bergandingan dengan Fahim yang kacak tu? Bila Wanda dah berubah penampilannya macam sekarang barulah Fahim sibuk dok mengendeng dengan Wanda. Alasannya, nak merapatkan semula hubungan yang dah sekian lama terputus tu. Ceh!  

Jadi, siapa yang Wanda patut pilih ni? Nick Rayyan yang misteri atau Fahim yang masih berharap pada kenangan lampaunya bersama Wanda?

Komen saya: Saya mengikuti kisah ni di blog penulis dulu selepas terpengaruh dengan promosi penulis Hanina Abdullah di laman facebooknya. Haha. Memang diakui kisahnya agak mengujakan pada awalnya. Tapi agak mula mendatar di pertengahan. Lebih-lebih lagi bila Wanda mula bersikap prejudis pada Nick Rayyan.  Rimas bila jumpa orang macam ni. Haish. Satu lagi yang bagi saya sangat cliche adalah scene amnesia. Aduhai! Tapi mungkin penulis nak tunjukkan signifikannya phone charm Wanda yang dah jadi hak milik Nick tu dalam scene amnesia ni kot? Hmm, satu percubaan yang agak baik untuk penulis baru.  Menghiburkan dengan konflik yang bukan ala 'sinetron'. Tambah markah lebih sikit untuk cover yang comel dan 'relevan' dengan kisah dalam buku. Hehe. Apa pun tahniah buat penulis. Moga perjalanan dalam bidang penulisan semakin maju ke hadapan dan tak terhenti setakat ini saja ya? :) 

Sunday, December 15, 2013

Yang Luar Biasa

Posted by Hajar at 10:50 PM 0 comments

Tajuk: Yang Luar Biasa
Penulis:  Hani Fazuha, Farah Husain, Anna Lee, Syah Shah
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM27.00
Sabah/ Sarawak: RM 30.00
Halaman:  636 mukasurat
ISBN: 9789671226728

Salah satu buku hasil 'tuaian' saya di PWTC Jumaat lepas dan antara buku yang memang dinanti kemunculannya. :) Sekali lagi penerbit ambil langkah berani menghasilkan kompilasi mini novel yang dilabelkan sebagai Edisi Emas hasil karya 4 penulis. Cetakan terhad yang hanya diterbitkan sempena Pesta Buku 1 Malaysia baru-baru ini. Ada empat kisah pendek hasil nukilan empat orang penulis  : -

1. Yang Luar Biasa - Hani Fazuha
Hubungan antara Zhariz dan Arissa memang rapat. Lebih-lebih lagi kerana mereka bersaudara. Sikap Zhariz yang over protective memang dimaklumi dan Arissa menganggap itu hanyalah sikap melindungi seorang abang pada seorang adik tanpa menyedari bahawa Zhariz sebenarnya sudah lama menyimpan rasa pada Arissa. Lama kelamaan Arissa juga turut tergoda dengan karisma yang ditunjukkan oleh Zhariz. Masalahnya sekarang Zhariz tu tunang Ryana, kakak Arissa. Tegakah Arissa dan Zhariz membelakangkan keluarga mereka semata-mata kerana untuk memenuhi kehendak hati mereka? Atau Arissa lebih rela memilih Adam, teman yang setia mengejar Arissa semenjak belum bergraduat, atau Harraz si buaya tembaga? Entah kenapa saya rasa kisah ni macam tak cukup eh? Pendek sangat. Haha. ;)

2. Diari Mrs. Ben - Anna Lee
Ben dan Sofia bersahabat baik semenjak mereka di tadika. Pertemuan kembali mereka selepas berbelas tahun terpisah akhirnya menyatukan mereka dalam sebuah ikatan. Memang pada awalnya hubungan cinta yang direka itu hanyalah sebagai 'sebuah drama' bagi menyelamatkan kerjaya Ben sebagai seorang pelakon. Namun, lama kelamaan Ben merasakan inilah peluang untuk dia merealisasikan impian cintanya terhadap Sofia semenjak zaman remaja. Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah, Fiona teman wanita Ben yang tak habis-habis menempel di antara mereka bagi memastikan yang Sofia dan Ben takkan pernah bersatu sebagai suami isteri dalam erti kata sebenarnya. Haish.

3. My Slurpee Slurps - Syah Shah
Memang betullah penulis ni sangat sinonim dengan tajuk makanan / minuman. Heh.  Kerana sebuah kemalangan kecil, Damien bertemu Vina. Semenjak itu, setiap kali pertemuan mereka tak pernah berakhir dengan aman. Ada saja pertelingkahan yang  akhirnya membawa kepada pertumpahan Slurpee. Hahah. Hubungan mereka akhirnya makin jernih bila mereka terlibat dalam sebuah urusniaga. Namun, perangkap Mike, sepupu Damien membuatkan hubungan baik yang mula terjalin kembali keruh. Apakah tindakan Damien untuk menjernihkan kekeruhan? Kerana habit yang suka selak bab paling belakang, nyaris-nyaris saya tertipu dengan penamat kisah ni. Cis.. :P

4. Dear Cinta - Farah Husain
Kekecewaan cinta mendorong Tasneem untuk memotivasikan diri sendiri. Cabaran teman-teman akrab membuatkan Tasneem mendaftarkan diri di sebuah fitness centre walaupun masih teragak-agak dengan keputusan yang dibuat. Perkenalannya dengan Ariff tuan punya gym merubah segalanya. Oleh kerana pernah mengalami fasa yang sama, Ariff tidak keberatan untuk membantu Tasneem  mendapatkan kembali keyakinan dirinya. Hubungan baik yang terjalin akhirnya merubah perasaan masing-masing. Mampukah Ariff menjadi penyembuh luka Tasneem?

Komen saya: Saya suka kesemua kisah dalam Yang Luar Biasa ni. Sebab kisahnya mudah dan tak meleret-leret. :) Masih manis tapi saya rasa tahap 'gula'nya masih terkawal berbanding Kisah Dari Hati. Tahniah buat kesemua penulis dan juga penerbit. :)

Sunday, December 8, 2013

Mulanya Satu Cinta - Rose Harissa

Posted by Hajar at 11:00 PM 6 comments

Tajuk: Mulanya Satu Cinta
Penulis: Rose Harissa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM18.00
Sabah/ Sarawak: RM 21.00
Halaman:  483 mukasurat
ISBN: 9789831244050

Eddy Ezli (Ezli) gigih membesarkan Afizan (Afi) setelah berpisah dengan Khairina, isteri yang pernah dinikahinya ketika masih bergelar pelajar. Pengalaman perit ditinggalkan isteri curang itu membuatkan Ezli sangat berhati-hati dengan wanita. Selama membesarkan Afi, Ezli banyak dibantu oleh ibunya. Namun, bila ibunya berhasrat untuk tinggal di kampung Ezli mula kelam kabut. Dia tak mahu ada pembantu rumah apatah lagi menghantar Afi ke pusat asuhan. Tapi siapa pula yang mahu menjaga Afi kalau dia masih berkeras? Tiada pilihan, Ezli akur dengan kehendak ibunya. Cari seorang pembantu rumah!

Sebuah kemalangan kecil menemukan Ezli dan Iryanie. Siapa sangka rupanya Iryanielah pembantu rumah yang telah dipilih oleh ibunya? Hehe. Iryanie ni sebenarnya masih bergelar pelajar UiTM. Dia terpaksa mengulang satu subjek matapelajaran kerana masalah peribadinya. Disebabkan tak mahu terlalu bergantung dan terhutang budi pada Zamri, bekas abang iparnya, Iryanie mencari peluang pekerjaan untuk menampung kos sara hidupnya. Lagi pun waktu kerjanya di rumah Ezli tidak begitu bercanggah dengan waktu kuliah. Memang memudahkan Iryanie untuk menjaga dan mengasuh Afi.

Bukan mudah menjadi pembantu rumah Ezli walaupun Afi tak banyak kerenah. Sikap Ezli yang sinis dan garang macam singa tu kadang-kadang buat Iryanie kecut perut. Namun, memikirkan keseronokan bekerja mengasuh si cilik, digagahkan jua bekerja di situ. Apatah lagi hubungannya dengan Afi sudah semakin mesra sehingga Afi memanggil Iryanie 'mama'. Kesian Afi. Memang sedih bila rasa diri 'kekurangan' berbanding kawan-kawan seusia yang lain.     

Melihatkan keakraban Afi dan Iryanie, lama-kelamaan tumbuh juga 'rasa' dalam hati Ezli. Lebih-lebih lagi bila ibunya turut menyukai Iryanie. Kemunculan Khairina mula membimbangkan Ezli. Pelbagai cara digunakan Khairina untuk mendapatkan semula Afi. Sayangnya Khairina lupa yang selepas mereka bercerai, dia telah bersetuju dengan perintah arahan kadi untuk memberi hak penjagaan Afi kepada Ezli. Kesian memang kesian tapi nampak sangat Khairina ni pentingkan diri sendiri. Heh.  

Dalam tempoh mereka mula menyulam rasa dugaan datang menimpa. Tegakah Iryanie meninggalkan Ezli untuk bersama Zamri bila budi yang ditabur Zamri menjadi taruhan?

Komen saya: Suka kisah ni. Agak lain walaupun terselit plot 'kena paksa kahwin' di tengah-tengah jalan cerita. Haha.  Lagi pun jarang jumpa (atau tak ada?) bapa tunggal yang jadi hero kan? Kali ni penulis bawa kita selami dunia bapa tunggal yang sanggup korbankan keseronokan hidup zaman muda untuk membesarkan anaknya. Haish. Ni kes terpencil kot? ;) Apa pun, tahniah Kak Rose. Moga dikurniakan lebih ilham supaya rajin update cerita-cerita kat blog tu. Hehe. :)

Saturday, December 7, 2013

Masih Aku Sayang - Umi Kalsom

Posted by Hajar at 9:24 PM 0 comments
Tajuk: Masih Aku Sayang
Penulis: Umi Kalsom
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman: 545 mukasurat
ISBN: 9789670246581


Farah dan Kamal pernah bersahabat baik dan perhubungan mereka putus hanya kerana salah faham. Farah sudah lama menyimpan rasa buat Kamal tapi disebabkan tak mahu memusnahkan ikatan persahabatan mereka, perasaannya dipendamkam sehinggalah dia sendiri berasa lelah menyimpan perasaan.

Farah kemudiannya berhenti belajar dan berpindah sekaligus memutuskan perhubungannya dengan Kamal.
Walaupun berjauhan, Kamal masih lagi diingati dan sukar dibuang dari ingatannya. Farah seolah-olah memenjarakan dirinya dalam kenangan bersama Kamal biarpun dia sedar yang Kamal mungkin sudah melupakannya.

Dalam masa yang sama, Fattah sudah mula merisik tentang Farah melalui keluarganya. Atas nasihat keluarga dan rakan rapat berserta petunjuk dariNYa, Farah mula membuka hatinya untuk menerima Fattah sehinggalah akhirnya mereka disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Perkahwinan mereka memang tampak bahagia lebih-lebih lagi dengan kehadiran si cilik Kausar. Sayangnya kebahagiaan mereka lenyap sekelip mata bila Fattah terkorban dalam kemalangan. Sobs.

Selang beberapa tahun, Farah dan Kamal bertemu kembali. Nyata Kamal masih menyimpan rasa yang sama walaupun dah diketahui Farah sudah berkahwin. Bila status sebenar Farah diketahui, Kamal tak berlengah untuk memulakan langkah pertama. Namun, laluannya tak mudah bila mana dia terpaksa bersaing dengan Musyrif, bapa tunggal beranak 1. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Farah, Kamal yang masih dirindui atau Musyrif yang lebih banyak membiaskan bayangan Fattah?

Komen saya: Kisah ni memang agak slow tapi saya sukakan perjalanan kisah ini sebab ia macam dejavu untuk saya. Uhuk! Saya suka bila penulis menggunakan watak-watak si cilik yang menjadi 'penyebab' kepada pertemuan semula antara Farah dan Kamal. Selain itu, dalam kegeraman kita pada watak Lela yang bencikan Farah, kita sebenarnya diajar untuk lebih rasional apabila berdepan dengan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi bila melibatkan keluarga. Biasalah manusia, lebih suka menghukum daripada membantu. :) Gaya bahasa juga agak tersusun tanpa banyak penggunaan bahasa pasar. Babak flashback juga disusun dengan baik. Sekalung tahniah buat penulis atas kelahiran buah tangan terbarunya ini. Memang diakui kisahnya kurang 'manis' berbanding novel terdahulu penulis, tapi masih mampu untuk dihadam. :)

Sunday, December 1, 2013

Kau Kekasih Gelapku - Que Sera Sera

Posted by Hajar at 10:47 PM 0 comments
Tajuk: Kau Kekasih Gelapku
Penulis: Que Sera Sera
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  566 mukasurat
ISBN: 9789671192559

Rihanna dan Ayuna, keduanya adik beradik kembar yang lahir hasil penyatuan Demon dan Nian. Keduanya dipisahkan semenjak lahir. Rihanna dibesarkan di dunia manusia manakala Ayuna pula dipelihara oleh puak Shaman. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah kemunculan watak Ayuna setelah Rihanna menghilangkan diri.

Walaupun dibesarkan di dunia manusia, Rihanna sebenarnya punya kuasa luar biasa yang tidak dimiliki oleh manusia. Perkenalannya dengan Addi mula membuatnya tersepit antara perasaannya pada Addi dan Darius. Namun, sesuatu berlaku antara Rihanna dan Addi yang kemudiannya menyatukan mereka sebagai suami isteri. Saat hati mula menyayangi, Rihanna dikecewakan Addi. Waktu ini Darius datang membawa Rihanna kembali ke dunia gelap dan berhasil menghilangkan jejak Rihanna di dunia manusia dengan bantuan Ryuu.

Addi yang terasa bersalah kerana terpaksa mengecewakan Rihanna berusaha menjejaki Rihanna. Kemunculan Ayuna yang seiras Rihanna memang sentiasa diburu Addi untuk mendapatkan penjelasan. Malangnya Ayuna tidak mengenali Addi. Siapa sebenarnya Ayuna dan ke mana menghilangnya Rihanna?

Komen saya: Cerita yang bagus. Idea yang fresh. Gaya bahasa yang santai. Cuma saya agak terganggu dengan beberapa babak yang diceritakan agak 'bebas' dan tak molek dari sudut pandang kita sebagai orang timur (baca: Melayu). Saya akui saya masih konservatif. Tak boleh terima jika adegan sebegitu dipaparkan dengan bersahaja. Tapi, lain orang lain rasanya kan? Ehem. Sebenarnya cerita ini bukan bertumpu kisah cinta Rihanna-Addi-Darius dan kisah cinta Ayuna-Shaqir saja, ramai watak sampingan lain yang menjadi penyeri dan pelengkap kisah ini. Satu demi satu persoalan bakal terjawab selepas kemunculan Ayuna. Segala persoalan berkaitan apa yang terjadi kepada Rihanna dan Ayuna juga terjawab dipenghujung cerita. Memang pantas dan tak meleret walaupun sebenarnya banyak yang boleh diperbaiki untuk mengisi 'kelompongan' dalam penceritaannya. Tahniah buat penulis atas keberaniannya meneroka genre sebegini. Semoga dikurniakan lebih banyak ilham untuk melakarkan kisah-kisah yang lain pula. :)   

Saturday, November 30, 2013

My Indo Chick - Marissa

Posted by Hajar at 11:56 PM 0 comments
Tajuk: My Indo Chick
Penulis: Marissa
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman: 439 mukasurat
ISBN: 9789670246598

Indah Natasha (Indah) dan Tengku Azray (Ray) sudah tiga tahun menyulam kasih. Tapi kebanyakan masanya mereka ni tak nampak macam pasangan bercinta pun. Ray lebih suka bersikap lepas tangan sebab padanya tak ada orang lain yang berkenan pada Indah tu. Hanya dia aja yang pandang dan 'nampak' Indah. Angkuh sungguh. Mujurlah Indah ni pun jenis penurut, tak pandai nak membantah. Mungkin itu antara penyebab hubungan mereka ni mampu bertahan lama walaupun hakikatnya Ray ni jadi pujaan ramai pelajar perempuan di kolej mereka.

Indah ni sebenarnya tak suka bila tahu dia kena menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat rakaman (Prime Rekod) dan kena berurusan dengan artis. Bila disuarakan pada Ray, hanya nasihat dan kata-kata semangat yang dihulurkan agar Indah akur dengan pilihan tempat praktikal yang telah diatur oleh pihak kolej. Ugutan Indah semuanya pada Ray semuanya tak lut. Yakin sangat tak ada orang lain yang bakal berkenan pada Indah dan Indah akan tetap setia padanya. Heh.

Hari pertamanya di Prime Rekod membawa Indah berkenalan dengan Gibran. Gibran menyangkakan Indah gadis dari seberang. Siap bercakap loghat Indonesia lagi. Haha. Rupanya Gibranlah yang bakal jadi penyelia Indah sebab Indah bakal jadi pembantu peribadi (PA) Gibran sepanjang tempoh praktikalnya di Prime Rekod.

Kalau nak bandingkan Ray dengan Gibran ni memang macam langit dan bumi. Ray sangat kasar dan kadangkala suka menengking. Tapi Indah tau Ray memang bukan jenis lelaki yang pandai nak tunjukkan kasih sayangnya. Walaupun jenuh kawan-kawan menasihati, Indah tetap setia dengan Ray. Dia percaya perilaku Ray mampu dibentuk dengan kesabarannya. Berbeza pula dengan Gibran, layanannya pada Indah memang gentleman. Boleh cair dibuatnya. Dan Gibran selalu jadi tempat Indah meluah rasa bila tak puas hati dengan Ray.

Antara Ray dan Gibran, siapa akhirnya yang jadi pilihan Indah?   
 
Komen saya: Saya tak tahulah kenapa, sama ada saya yang dah terkurang deria rasa atau memang karya penulis ni yang kurang rencah. Selepas Teduhan Kasih memang belum ada lagi karya penulis yang mampu melekat dalam hati. Ceritanya memang manis dan santai cuma mungkin bukan 'makanan' saya. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran buku terbarunya ini. Saya menanti kisah-kisah lain yang mungkin setara atau lebih baik daripada Teduhan Kasih. :)   

Indahnya Takdir - Syikin Zainal

Posted by Hajar at 10:42 PM 1 comments
Tajuk: Indahnya Takdir
Penulis: Syikin Zainal
Penerbit: Buku Prima
Harga: RM 19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 470 mukasurat
ISBN: 9789675489693

Kehidupan biasanya berubah 360 darjah bila dia dirogol tanpa kerelaannya. Hartini baru berusia 19 tahun ketika itu. Rupanya selama ini kecantikan Hartini menjadi igauan si mata keranjang bernama Kamarul. Kecewa kerana lamarannya ditolak bapa Hartini, Kamarul nekad mengupah orang kanannya untuk menculik Hartini dan menodainya. Kesian Hartini. Ketiadaan ibu kandung menyebabkan dirinya bertambah murung kerana tiada tempat untuk berkongsi masalah. Kemurungannya menyebabkan Hartini menyisihkan diri dan mengabaikan peperiksaan STPM yang sepatutnya dihadiri.

Natijahnya, Hartini hamil selepas itu. Mahu tak mahu terpaksa juga berterus terang dengan bapanya tentang kehamilannya itu. Dengan bantuan bapa saudara dan sepupunya, Hakim, Kamarul berjaya dijejaki. Tapi malangnya Kamarul sangat licik sehingga mampu memperdayakan Hakim untuk bertanggungjawab dan mengahwini Hartini. Dengan bermodalkan janji untuk memberikan Hakim peratusan syer di dalam syarikatnya dan sedikit habuan kewangan, Hakim bersetuju untuk bertanggungjawab. Mata duitan sungguh!

Perkahwinan tanpa rela ini memang begitu menyiksa Hartini. Hakim bukannya suami yang baik. Suka sangat mendera mental dan perasaan Hartini. Namun, Hartini tetap gagahkan diri demi anak dalam kandungannya. Pemergian bapa dan anaknya dalam tempoh yang sama betul-betul menguji emosi. Hakim juga mula tersedar daripada khilafnya dan mula untuk menerima Hartini. Tapi desakan ibunya membuatkan Hakim terpaksa melepaskan Hartini.

Perpisahan dengan Hakim makin mematangkan Hartini. Enggan larut dalam kesedihan, dia bangkit untuk memperbaiki diri. Hartini nekad menduduki semula peperiksaan STPM dan berjaya ke USM selepas itu. Perkenalannya dengan si kacak bernama Iskandar Kamel (Kamel) begitu membahagiakan Hartini. Namun, jalan yang terbentang bukanlah semudah itu. Hubungan yang diharap dapat membawa kebahagiaan hidupnya semula rupanya membawa luka. Kamarul yang ingin dihindari rupanya abang ipar Kamel. Jadi, bagaimana penyudahnya hubungan mereka ini?

Komen saya:  Kadang-kadang dalam hidup kita ini, banyak yang harus dikorbankan untuk mengecap bahagia. Dan laluannya pun bukan mudah. Jatuh bangun itulah yang memberi kita kekuatan dan makna di sebalik bahagia yang dikecapi tu. Ish, apa yang metafora sangat ni? Hehe. Saya dah lama tak baca buku macam ni sebenarnya. Asyik baca cerita santai je sesekali baca buku macam ni pun bagus juga. Buat kita banyak berfikir sebab banyak input yang boleh register dalam kepala bila baca buku ni. Hartini ni sebenarnya simbol kekuatan seorang wanita yang mengajar kita supaya jangan mudah goyah walau apa pun dugaan yang menimpa kita. Allah menguji kita sesuai dengan kemampuan kita. Sesungguhnya Dia maha mengetahui. :) Tahniahlah buat penulis atas penerbitan buku ini. Moga terus berkarya dengan menghasilkan karya yang bermanfaat untuk pembaca. :)                 

Sunday, November 17, 2013

Awek Pisang Goreng - Syah Shah

Posted by Hajar at 9:36 PM 2 comments
Tajuk: Awek Pisang Goreng
Penulis: Syah Shah
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  504 mukasurat
ISBN: 9789671192573

Bila dah masuk umur 30-an dan masih bujang memang 'masak'lah nak menjawab soalan-soalan cepumas. Lebih-lebih lagi daripada ibu sendiri. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh si Firdaus Hamizan a.k.a Daus. Hidupnya memang berteman kerja yang tak pernah habis. Sampai kadangkala nak balik kampung pun tak sempat. Haish. Manalah mak dia kat kampung tu tak risau?  

Tapi, pertemuan pertamanya dengan Husna, si gadis penjual pisang goreng merubah segalanya. Siapa sangka 'awek pisang goreng' yang berpenampilan biasa-biasa tu mampu membuat Daus jatuh cinta pandang pertama? Phew. Pertemuan demi pertemuan selepas itu membuatkan Daus mengambil tindakan drastik. Ibu bapa Husna ditemui untuk meminta izin berkawan. Memang gentleman tapi Husna yang terkejut haruslah menolak mentah-mentah hasrat Daus ni. Hish, memang kerja gila!

Bila dah suka Daus peduli apa. Diatur rancangan untuk ibunya datang merisik Husna. Husna yang panik dan mula tertekan dengan kata-kata orang sekeliling mendesak Daus untuk melamar salah seorang kakaknya. Malulah, macam tak sabar nak bersuami sedang kakak-kakaknya masih belum berumahtangga. Husna lupa agaknya hakikat jodoh dan rezeki tu. Hmm.. Berkat pujukan kakak-kakak Husna, akhirnya lamaran Daus diterima.

Saat Husna dah mula lembut hati untuk menerima Daus dalam hidupnya, datang pula si pembawa onar yang membawa kisah lampau yang agak kurang enak didengar. Hish. Walaupun sudah diasuh hatinya untuk percaya dengan 'petunjuk' yang diberikan, Daus tetap curiga dengan apa yang disampaikan ke telinganya. Jadi, jalan manakah yang harus dipilih Daus?

Haish, bunyi macam sadis. Tapi percayalah, tak sadis mana pun. :P

Komen saya: Comel. Tapi sweet overdose. Dah lama saya tak baca buku yang boleh buat saya tersengih-sengih sendiri. Hihi. Rasanya kali terakhir buat kerja macam ni masa baca Baju Melayu Hijau Serindit. Kisah biasa yang santai tapi bisa buat kita tersenyum sendiri. Hihi.  Suka dengan ayat-ayat hiperbola dalam buku ni. Antaranya:

"Aku bg senyuman paling manis yang aku boleh bagi. Bukan setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula melaka,sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis." - m/s 39

"Ah, belasah! Janji sweet. Sweetla sangat... Kalau aku dengar orang lain cakap macam ni, mesti aku dah muntah warna-warni tujuh baldi." - m/s 208

LOL. Tahniahlah Encik Penulis atas kelahiran buku bercetak pertama ini. Lepas ni kami menanti si bad boy Fawwaz pulak. :)

Lafaz Cinta Di Jari Manis - April Snow

Posted by Hajar at 8:37 PM 1 comments

Tajuk: Lafaz Cinta Di Jari Manis
Penulis: April Snow
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  457 mukasurat
ISBN: 9789671188286

Perjalanan hidup Annur Qistina (Qistina) nyata tidak seindah namanya. Akibat salah faham dan keegoan seorang lelaki yang bergelar (bekas) tunangan membawa Qistina merantau jauh ke Manchester. Qistina bukan setakat pergi memenuhi tanggungjawab pada majikannya, tapi turut membawa hati yang luka kerana dihalau keluarga. Cerita buruk yang dibawa oleh (bekas) tunangan Qistina, Khalish Ariq (Khalish) sungguh mengecewakan keluarga lantas Qistina dihalau dari rumah oleh ayah kandungnya sendiri. Bukan mudah untuk seorang Qistina untuk bangkit dari kekecewaan. Sobs.

Kepulangan Qistina setelah 5 tahun membawa segunung harapan dan semangat untuk memulakan hidup baru di tanah air. Maruah yang sudah lama terpalit lumpur takkan sekali-kali diizinkan untuk diinjak lagi. Khalish yang kesal dengan kata-katanya setelah kebenaran terbongkar cuba mendekati Qistina. Berusaha memohon kemaafan dan mengintai ruang untuknya dalam hati Qistina. Walaupun Qistina berulang kali menolak dan menafikan perasaan yang masih bersisa, Khalish tetap degil untuk menunggu sehingga hati Qistina terbuka untuk menerimanya kembali. Heh.

Yang pasti, laluan berliku harus ditempuhi oleh Khalish. Kemunculan Fazwan Anuar, si kacak berprofil tinggi menjadi saingan utama. Abang angkat Zita (kawan baik Qistina) ni sungguh-sungguh jatuh cinta padang pertama pada pemilik nama Annur Qistina. Sanggup mendapatkan segala maklumat berkaitan Qistina daripada Zita. Haish. Memang boleh cair dibuatnyalah.

Bingung dan keliru dengan kedua-dua pilihannya, Johan Khusairy (Joe) sentiasa jadi tempat Qistina mengadu. Hubungan akrab antara mereka telah terjalin semenjak dulu sehingga menyebabkan Khalish cemburu dan akhirnya menjadi pencetus kepada tragedi hitam yang meragut kepercayaan kedua orang tua Qistina. Dalam diam rupanya Joe turut menyimpan rasa tapi terpaksa disimpan kerana tidak mahu dikatakan sebagai menangguk di air yang keruh. Antara ketiga-tiga mereka, siapakah yang benar-benar berjodoh dengan Qistina?

Komen saya: Saya kesian dengan Joe. Dapat rasa betapa patheticnya dia. Huhuk. Tapi okla, saya suka dengan pengakhiran mereka. Hihi. Terima kasih Kak Kucc sebab bagi pengakhiran bahagia untuk Joe. Eceh. :P Kisah yang menarik dan agak sadis tapi tak sinetron (meleret). Sayangnya cerita menarik macam ni dicacatkan oleh cover yang tak berapa menarik dan layout yang agak crowded. Berpinar mata saya nak membacanya. Huhu. Tapi bak kata orang, jangan nilai buku dari kulitnya. Baca dulu baru nilai. :) Apa pun, tahniah buat Kak Kucc atas kelahiran buku terbaru ini. Terima kasih juga atas goodies yang diberikan bersama pesanan buku ini. Moga makin maju jaya untuk karya-karya seterusnya. :) 

Sunday, November 10, 2013

Sweetnya Dia - Maznie Darnisya

Posted by Hajar at 11:02 PM 0 comments
Tajuk: Sweetnya Dia
Penulis: Maznie Darnisya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  500 mukasurat
ISBN: 9789671192580

Laily dan Zarif bertemu buat kali pertama bila Laily terintai-intai ke rumah Mak Longnya untuk mengintai Zarif. Penyudahnya kantoi bila Zarif menegur. Hihi. Rupanya Zarif ni anak angkat Mak Long Laily merangkap kawan baik kepada arwah sepupu Laily. Tanpa disangka perbuatan Laily yang memanjat kerusi untuk mengintai tu menggetarkan hati Zarif. Bila dapat tahu yang Laily sedang mencari pekerjaan, diatur tawaran pekerjaan untuk Laily. Pertemuan demi pertemuan diatur tanpa memberitahu identiti sebenarnya kepada Laily. Siap mengaku yang dia tu cuma bekerja sebagai pemandu lori.

Bila dapat tawaran kerja memang gembira sungguh Laily walaupun dia tak pernah memohon kerja di pejabat Zarif tu. Ingatkan bila bekerja ditempat baru dapatlah melarikan diri daripada sejarah pahit tu, rupanya Hakim, bekas tunangan Laily turut bekerja di situ. Mereka berada bawah satu jabatan pula tu. Hailaaa. Kesian. Rupanya pertunangan mereka putus seminggu sebelum mereka disatukan. Lepas tu si Hakim ni sibuk-sibuk pula nak mengendeng pada Laily. Menyesal kononnya. Heh.

Hubungan Laily dan Zarif pula masih berterusan tanpa Laily tahu yang Zarif tu rupanya CEO di syarikat yang dia bekerja itu. Jadi satu kelebihan pula pada Laily bila apa yang diceritakan pada Zarif terutamanya bila melibatkan masalahnya dengan Farah, tunang Hakim turut dapat perhatian CEO. Siap dapat surat amaran lagi si Farah tu. Bila dapat tahu yang Laily tu ada hubungan dengan Zarif, lagilah Farah melenting, Siap tuduh Laily pergunakan Zarif untuk kepentingan diri. Haish. Jenuh juga Zarif nak memujuk Laily yang merajuk ni. Meleret-leret pula merajuknya sampailah mereka berkahwin. Penyabar sungguh Zarif ni. Kalau orang lain dah lama angkat kaki dah kot?

Selesai satu hal, datang pula hal lain. Bahagia mereka cuma bertahan sekejap bila Alisa yang tergila-gilakan Zarif semenjak zaman persekolahan mereka masih tak putus asa mengejar Zarif walaupun Zarif dah berumahtangga. Haih. Fitnah yang ditabur akhirnya berjaya menggoyahkan kepercayaan Zarif. Mampukan Laily mempertahankan rumahtangga mereka yang semakin goyah itu?


Komen saya: Haish, jujurnya saya kecewa. This is her second novel and it supposed to be better than the first one. Tapi kenapaaaaaalah jadi lagu ni? Samudera Indah Nian tu antara novel yang saya suka sebenarnya. Hmm. Takpelah, lain padang lain belalang kan? Mungkin ini percubaan pertama penulis untuk menulis genre sebegini. Apa pun, tahniah diucapkan atas keberanian itu. :) Memang manis, memang sweet. Cuma pada saya ada sesetengah hal tak perlu di emphasize sangat sampai pembaca (baca: saya) jadi muak. Salah satunya adalah penggunaan perkataan sweet  berkali-kali.  Hmm.. Kisah mereka ni mudah je sebenarnya. Tapi jadi panjang bila Laily ni tersangatlah jual mahal. Lepas tu merajuk dan berdendam dengan Zarif sampai mereka berkahwin. Aduhai. Yang jadi penyelamatnya bila naskhah ini tidak terlalu tebal untuk dibaca. Phew. Sekali lagi tahniah atas kelahiran buku terbaru ni dan selamat maju jaya untuk penulis. Moga lebih banyak ilham untuk berkarya selepas ini. :)  

Friday, November 8, 2013

Jah & Od_Soulmate Selamanya - Ainin Naufal

Posted by Hajar at 11:27 PM 0 comments
Tajuk: Jah & Od_Soulmate Selamanya
Penulis:  Ainin Naufal
Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman: 476 mukasurat
ISBN: 9789670201863


Hud Nuqman (Od) dan Aisya Khadeeja (Jah) merupakan jiran sekampung. Hubungan rapat mereka pada awalnya berasal daripada hubungan rapat antara Od dan Sham, abang Jah. Lama kelamaan hubungan mereka berdua jadi rapat bila Sham mula berhijrah dari kampung mereka. Walaupun Jah juga telah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur, hubungan mereka tetap rapat. Jarak dan masa bukan penghalang untuk mereka berhubung. Kecanggihan teknologi dan kewujudan pelbagai lingkaran sosial tetap menghubungkan mereka yang berjauhan.

Setiap kali pulang ke kampung, Od tak pernah dilupai. Sementelahan pula keberadaan Od di kampung tu memang diharapkan dapat menjenguk dan membantu kedua ibu bapa Jah kala diperlukan. Kira-kira Od ni macam penjaga warga tua di kampung la. Hihi. Walaupun niat Od baik, bekerja freelance dari kampung untuk menjaga kedua orang tua mereka, masih ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan tindakannya. Haish. Tipikal orang kita. Dah penat-penat belajar tinggi takkan nak duduk kampung aja kan? Iyalah, orang lain yang keluar bekerja di bandar semuanya dah berharta, dah berkeluarga. Tapi Od masih ditakuk itu. Tertekan dengan situasi itu, Od cuba mengintai peluang pekerjaan dengan bantuan Jah.

Hubungan baik mereka mula dilanda gelombang bila Od sudah memulakan pekerjaan di Kuala Lumpur. Berjiran pula dengan pejabat Jah. Tapi malangnya, kedudukan yang hampir makin menjarakkan mereka. Kesibukan Od ditambah dengan kehadiran kawan-kawan baru membuatkan Od 'menyisihkan' Jah. Kehadiran Julie, seorang pelakon baru yang menjadi teman maya Od turut menyumbang kepada faktor kerenggangan hubungan mereka.

Sedar kedudukannya tak begitu penting pada Od, Jah tekad menerima lamaran Ikmal, sepupu Od. Masa inilah baru Od tersedar apa yang telah dilakukannya dalam hubungan mereka. Huh. Yang kelakarnya Od siap tak kasi Ikmal kahwin dengan Jah sebab takut kawan baik dia hilang. Jadi, siapa yang bakal jadi pilihan Jah sebenarnya ni?

Komen saya: Ramai orang kata antara seorang lelaki dan perempuan tak boleh jadi sahabat baik. Salah seorang mesti akan tergelincir perasaan. Hihi. Betullah agaknya tu. Macam Od, bila Jah dah bertunang baru dia terasa yang Jah tu penting. Kalau tak, Jah tu sebelah mata pun tak dipandang. Heh. Apa pun saya enjoy menghadam buku ini walaupun penamatnya nampak agak tergesa-gesa. Tahniah buat penulis atas kelahiran buku terbarunya ini. Barulah saya ingat, penulis ni adalah penulis yang menulis kisah Melah Melia. Haha. Antara buku-buku yang pernah saya 'tapis' untuk sicilik saya. Semoga maju jaya. :)

Tuesday, October 29, 2013

Di Penghujung Cintaku Adelia - Wan Rohayu

Posted by Hajar at 10:11 PM 0 comments



Tajuk: Di Penghujung Cintaku Adelia
Penulis: Wan Rohayu
Penerbit: Lovenovel Enterprise
Harga: RM25.00
Sabah/ Sarawak: RM 28.00
Halaman:  648 mukasurat
ISBN: 9789671188262

Kerana terlalu inginkan Adelia jadi anak perempuannya, Maria memerangkap Adelia dan Nik Pasha dalam ikatan perkahwinan. Kesilapan dalam satu malam mengikat mereka walaupun sebenarnya mereka tak pernah pun terlanjur. Perkahwinan tanpa rela ini lebih menambahkan darjah kebencian Nik Pasha pada Adelia. Sejurus selepas keputusan peperiksaan SPM diperolehi, Nik Pasha bertekad untuk menyambung pengajiannya ke luar negara demi mengelak daripada tanggungjawabnya. Heh, tak boleh pakai punya lelaki.

Tamat pengajiannya, Nik Pasha kembali ke tanah air berbekal ijazah kedoktoran dan dengan azam untuk berpisah dengan Adelia. Padanya Adelia yang dikenalinya lebih 6 tahun dulu tidak layak bergandingan dengannya. Iyalah, 6 tahun dulu Adelia memang comot dan chubby, belajar pun taklah setinggi mana. Manalah sesuai nak berganding dengan Nik Pasha tu kan? Tambahan pula, Nik Pasha sudah punya Darwina yang layak digandingkan dengannya. Heh. Namun, pertemuannya dengan Adelia yang berimej baru mula menggoyahkan perasaannya. Ha, baru tau langit tu tinggi ke rendah kan? 

Pertemuan demi pertemuan antara Nik Pasha dan Adelia mula menumbuhkan rasa dalam hati Nik Pasha. Lebih-lebih lagi bila Adelia yang makin cun melecun tu sentiasa dikelilingi oleh lelaki-lelaki hebat yang berhajat untuk mendekati Adelia. Mulalah Nik Pasha nak mengongkong Adelia. Hish. Tau pulak dia rasa tercabar. Bila dia sibuk berkepit dengan Darwina tu tak pulak dia fikir perasaan Adelia? Haih, emo. Haha.

Turun-naik hubungan mereka ni memang buat kita rasa sakit hati. Lebih-lebih lagi bila Nik Pasha seolah-olah tak mampu nak tinggalkan Darwina. Rupanya ada cerita disebalik kerapuhan personaliti dalaman Darwina tu. Haih. Lalu, siapa yang harus berkorban dalam perhubungan mereka ini?

Komen saya: Saya stres dengan Nik Pasha. Tak puas hati juga dengan penamat yang terlalu pantas. Patutnya bagi pengajaran teruk sikit pada Nik Pasha tu. Haha. :P Walaupun kisah tipikal kahwin paksa, namun penulis berjaya buat kita tak rasa bertumpu dengan masalah rumahtangga mereka berdua ni. Banyak terselit perkara lain yang mungkin baru untuk kebanyakan pembaca. Cuma satu teguran saya, kalau boleh kurangkanlah penggunaan bahasa pasar dan bahasa rojak dalam penulisan. Tak salah menulis dengan gaya santai tapi tak perlu keterlaluan. Just my two cents . Tahniah atas kelahiran karya bercetak pertama penulis dan selamat maju jaya dalam dunia penulisan. :)

Sunday, October 27, 2013

Titian Cinta - Ridhya Iman

Posted by Hajar at 11:21 PM 2 comments

Tajuk: Titian Cinta
Penulis: Ridhya Iman
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM30.00
Sabah/ Sarawak: RM 33.00
Halaman:  841 mukasurat
ISBN: 9789671192542

Kepulangan Rahadatul 'Aisy ('Aisy) setelah empat tahun berkelana di bumi asing bukan setakat membawa segulung ijazah kejayaannya tapi turut pulang dengan nekad untuk menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh Umayr Harris (Harris), suami yang banyak melukakan hati 'Aisy.

Angkara fitnah yang ditabur oleh Sofia (bekas tunangan Harris dan juga kawan baik 'Aisy), Harris menghalau 'Aisy umpama kucing kurap. Kesian 'Aisy. Anak dalam kandungannya tak berjaya diselamatkan bila dia terlibat dalam kemalangan. Bertambah malang lagi bila kemalangan itu turut meragut sebahagian kesempurnaannya sebagai seorang wanita. Kekecewaannya membawa 'Aisy merantau jauh ke bumi London.

Sebenarnya kebenaran telah lama terbongkar. Cuma Harris tak berani untuk memunculkan diri di depan 'Aisy bila dinasihatkan oleh Sakeena, sahabat baik 'Aisy. Katanya 'Aisy perlu diberikan ruang setelah lama menderita dan terluka dengan perbuatan Harris.

Kepulangan 'Aisy ke tanah air rupanya telah diketahui Harris. Walau segigih mana pun 'Aisy menolak, Harris sentiasa ada jalan untuk mendekati isterinya. Berkat kesungguhan Harris akhirnya hati 'Aisy yang keras berjaya dilembutkan.  Saya suka bila penulis tak memanjangkan scene tarik tali 'Aisy dan Harris. Tak payah nak cerita panjang bila 'Aisy sendiri sedar di mana kedudukan dia sebagai isteri.    

Namun, kebahagiaan mereka masih banyak liku dan ranjau yang perlu ditempuhi. Kekurangan 'Aisy dijadikan alasan oleh Puan Sri Nora (ibu mertua 'Aisy) untuk menjodohkan Sofia dan Harris. Haish. Nasiblah Harris tu bukannya bodoh nak mengikut telunjuk ibu kesayangannya walaupun Sofia nampaknya belum berputus asa untuk menggoda Harris. Tak cukup dengan itu, Puan Sri Nora mula membuka aib yang disembunyikan 'Aisy daripada pengetahuan keluarganya sehingga menyebabkan kematian ayah 'Aisy. Haila, banyak sungguh halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Siapakah sebenarnya dalang di sebalik fitnah yang menimpa 'Aisy? Berjayakah mereka memutuskan titian cinta Harris dan 'Aisy?
 
Komen saya: Satu yang saya suka tentang naskhah ini adalah gaya bahasanya yang tersusun walaupun konfliknya bertimpa-timpa. Susun atur jalan cerita juga digarap dengan baik terutamanya untuk babak flashback. Saya rasa pengikut kisah Harris dan 'Aisy di blog dulu pasti bakal terkejut dengan pengakhir kisah mereka. Ya, tiada yang mustahil dengan keizinanNYA selagi kita tak lupa berdoa dan berusaha. :) Tahniah buat Ridhya Iman atas kelahiran naskhah bercetak sulung ini dan juga atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat PHDnya. Phew. Moga dikurniakan lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)

Jurutera Hati Saya - Normaslina Masri

Posted by Hajar at 9:08 PM 0 comments
Tajuk: Jurutera Hati Saya
Penulis: Normaslina Masri
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  547 mukasurat
ISBN: 9789670508382

Melissa terlalu mengimpikan seorang jurutera sebagai suami. Tapi tak dinyatakan kenapa. (Atau saya yang terlepas pandang?) Kebetulan, Melissa bekerja sebagai pembantu peribadi  (PA) di firma milik keluarga Irfan Suhaili (Irfan), musuh tradisinya semenjak zaman persekolahan. Tragik sungguh kisah diorang ni. Selepas surat cinta Melissa dibacakan di perhimpunan sekolah, Melissa bertukar sekolah tanpa sempat Irfan memohon maaf. Bila bertemu kembali memang macam anjing dan kucing mereka berdua ni. Irfan memang kuat menyakat dan Melissa pula memang suka melawan. Elok sangatlah tu.. Ironinya, Cikgu Halimah (ibu Irfan) sangat berkenan dengan Melissa sampai sanggup merancang macam-macam untuk menyatukan mereka berdua.  Irfan pun sebenarnya dalam diam dah berkenan dengan Melissa cuma bila memikirkan Melissa yang kerap bertingkah dengannya, Irfan cuma mampu menyimpan rasa hatinya.

Taufik Daniyal (Taufik) mulanya dikenali Melissa kerana Taufik itu adalah sahabat Irfan. Mereka jadi rapat bila selalu bertemu di fitness centre tempat Melissa selalu bersenam. Hubungan rapat mereka kemudiannya membibitkan putik rasa di hati masing-masing. Kebetulan pula Taufik adalah seorang jurutera. Tercapai sudah hasrat Melissa. Cuma Melissa tak menyedari yang Taufik sebenarnya menyimpan rahsia besar daripada Melissa.

Tanpa pengetahuan Melissa, Taufik ni sebenarnya pewaris kepada perusahaan perkapalan terbesar di Malaysia. Ibu bapa Taufik memang tak ada masalah untuk menerima Melissa sebagai menantu. Cuma nenek Taufik agak keberatan untuk menerima Melissa atas sebab-sebab sejarah pahit keluarga mereka yang melibatkan seorang PA / setiausaha. Hmm, kesian Melissa. Kerana tak mahu terima Melissa sebagai cucu menantu, nenek telah melamar seorang doktor untuk ditunangkan dengan Taufik. Diktator sungguh!

Sudahnya, ke manakah hubungan mereka berdua ini? Adakah Irfan yang menjadi pilihan Melissa atau masihkah Taufik bertakhta di hatinya? Dan yang paling penting, dapatkah Melissa bersuamikan seorang jurutera?

Komen saya: Saya sedih bila Melissa tak sudi berjuang untuk bersama-sama Taufik walaupun niat dia baik. Mungkin penulis ada sebab tersendiri buat penamat sebegitu. Sobs. Agaknya kalau twist ending mesti kisah mereka jadi drama dan meleret-leret. :P Jujurnya saya suka naskhah ni sebab ia berjaya buat saya tergelak-gelak dengan gelagat Melissa dan Irfan yang kerap bertegang urat macam anjing dan kucing, Mimi yang selalu jadi pendamai bila keduanya bertegang urat dan juga Taufik si metroseksual. Hihi. Juga berjaya buat saya hanyut dalam kesedihan Melissa dan Taufik. Cuma bagi saya penamatnya nampak agak tergesa-gesa. Apa pun, saya tetap enjoy membaca hingga ke akhirnya. Tahniah buat penulis atas kelahiran buah tangan terbarunya. Semoga terus maju jaya dan terus berkarya. :)

Pujuk Hati Dia - Sarnia Yahya

Posted by Hajar at 12:12 AM 2 comments
Tajuk: Pujuk Hati Dia
Penulis: Sarnia Yahya
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.90
Sabah/ Sarawak: RM 26.90
Halaman:  622 mukasurat
ISBN: 9789671192535

Kekecewaan Ain Najiha (Ain) dalam hubungan cintanya dengan Fendi membuatkan Ain membekukan hatinya. Kata-kata kesat Datin Fariza (ibu Fendi)masih tersemat kukuh dalam hatinya sekaligus membuatnya sentiasa prejudis pada golongan kelas atasan.

Perkenalan Ain dan Tengku Ritzlan bermula apabila Tengku Ritzlan mencari seorang tutor untuk mengajar bahasa Melayu kepada Tengku Elyna, anaknya. Awal-awal lagi Tengku Ritzlan dah  menunjuk lagak di depan Ain. Sangkanya perempuan bertudung seperti Ain tak berpelajaran tinggi. Jadi, macam mana nak mengajar anaknya yang masih kekok berbahasa Melayu itu?

Itulah, orang kata tak kenal maka tak cinta. Belum kenal jangan sesuka hati menilai. Heh. Orang yang dipandang rendah itulah yang banyak mendidik Tengku Elyna. Tengku Ritzlan pun tak sangka yang Ain sanggup mengajar Tengku Elyna tanpa sebarang bayaran sampai Elyna sudah boleh berbahasa Melayu dan mula bersolat. Bila tersedar yang dia sudah lama meninggalkan agama, Tengku Ritzlan mula belajar solat dan mendekatkan dirinya dengan Allah.

Sedar yang Ain banyak membawa impak positif dalam keluarganya, Tengku Ritzlan cuba mendekati Ain. Namun, sikap pesimis Ain  menyukarkan Tengku Ritzlan mendekati Ain. Berjayakan hati Ain dipujuk?

Dalam banyak-banyak watak dalam kisah ni saya jatuh kasihan dengan Fendi. Menjadi anak tunggal harapan keluarga adakala memang membebankan. Darjat dan kuasa membataskan segala. Terpaksa pula mengikut telunjuk keluarga dalam hal jodoh tetapi akhirnya tetap ditinggalkan isteri apabila diri ditimpa musibah. Haish, kesian. Kak Sarnia, boleh sambung tak kisah Fendi ni? Huhu..

Komen saya:  Banyak kisah di sebalik kisah dalam kisah ini. Haha. Ayat pun dah lintang pukang ni. Seperti biasa, penulis tak pernah lupa menyisipkan unsur kekeluargaan dalam setiap karyanya. Tak sangka rupanya perkenalan Ain dengan Tengku Ritzlan menemukan semula Ain dengan ayah kandungnya. Trauma masa kecil membuat Ain 'lupa' yang dia masih punya ayah. Suka dengan semangat dan ketabahan watak Ain ni. Dan sebagai penulis senior, saya tahu penulis bijak untuk menyusun kata agar tak nampak terlalu 'manis bergula' untuk dibaca. Tahniah Kak Sarnia untuk garapan terbaru ini. Lepas ni giliran watak yang mana pula kan? :)

Thursday, October 17, 2013

Sungguh, Aku Jatuh Hati - Zarra Zuyyin

Posted by Hajar at 10:56 PM 6 comments
Tajuk: Sungguh, Aku Jatuh Hati
Penulis: Zarra Zuyyin
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  749 mukasurat
ISBN: 9789670508399

Hubungan Nuradelia Hanani (Nani) dengan bosnya, Izz Harriz (Izz) bukanlah dalam keadaan baik. Nani selalu menjadi mangsa buli Izz. Izz yang sinis, Izz yang kepala angin dan segala aura negatiflah pendek katanya. Pantang nampak silap Nani, memang berasaplah Nani menelan kata-kata sinisnya. Tapi dalam sinisnya itu Izz sentiasa muncul setiap kali Nani dilanda masalah. Hmm, macam superhero.


Kemunculan Hafiz Nubhan (Yeop Apez), cinta pertama Nani menghuru-harakan hidupnya.Yeop Apez ni gaya macam orang gila talak dah. Obses teramat sampai sanggup memfitnah semata-mata kerana nak memperisterikan Nani. Dia tak kisah potong jalan orang lain pun, janji hasrat dia tercapai. Siap guna jalan pintas lagi. Hish. Tak pepasal kena paksa bertunang dengan Yeop Apez pula walaupun hakikatnya Yeop Apez ni bukanlah duda seperti yang sibuk dicanangnya. Heh.

Selepas kecewa kerana Yeop Apez berkahwin di luar negara, Nani tak pernah berhubungan rapat dengan mana-mana lelaki kerana masih trauma dengan kekecewaan lalu. Namun, perkenalannya dengan Doktor Naufal Ikram (Am), jiran depan rumahnya mula mengubah persepsinya pada lelaki. Am memang pandai ambil hati sampai kebekuan hati Nani mula mencair sedikit demi sedikit. Paling menariknya, mak Am pun dah berkenan sangat dengan Nani. Tapi, fitnah yang ditabur Yeop Apez mula merenggangkan hubungan mereka. Bila ditanya kenapa menjauh, jawapan yang diberi oleh Am sangatlah menyakitkan hati. Benarlah, kerana mulut badan binasa. Selepas kebenaran terbongkar, barulah terhegeh-hegeh nak kembali pada Nani. Apa, ingat Nani tu tak ada perasaan ke apa?

Antara ketiganya, siapakah yang bertuah menjadi pilihan Nani? Tuan doktor pilihan ibu Nani ataupun tuan insinyur yang sentiasa sinis itu?

Yang pastinya pilihan Nani ni sangatlah gentleman, setia dan penyabar. *cair*. Hahah. Sanggup tunggu bertahun-tahun tanpa pengetahuan Nani sehinggalah Nani nyatakan persetujuan untuk menghalalkan perhubungan mereka. Phew. :)


Komen saya: Sungguh, buku ni banyak beri panduan untuk isteri dan bakal isteri dalam melayari bahtera perkahwinan. Lebih-lebih lagi untuk yang baru berkahwin. Cuma saya agak jengkel dengan scene merajuk sayang inche suami Nani  tu. Saya tau darjat suami lebih tinggi daripada isteri. Tapi kalau asyik menguji aja, tak ke jenuh si isteri nak memujuk? Mungkin bagi orang lain ia nampak manis tapi bagi saya ia scene berulang dan agak drama di situ. Mujurlah tak ada scene dan konflik yang buat saya stress. Phew. :) Apa pun, syabas buat penulis untuk percubaan pertamanya ini. Semoga maju jaya dan mudah-mudahan perjuangan tak terhenti setakat ini. :)  

Tuesday, October 15, 2013

Kisah dari Hati

Posted by Hajar at 11:12 PM 4 comments

Tajuk: Kisah dari Hati
Penulis:  -
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  602 mukasurat
ISBN: 9789671192566

Kisah Dari Hati terdiri daripada 15 cerita-cerita pendek hasil gabungan 7 orang penulis. Kebanyakan kisah dalam ini adalah lanjutan daripada kisah-kisah yang pernah dilakarkan penulis dalam novel-novel mereka yang pernah dan bakal diterbitkan. Antaranya  Dia Random Guy (Farah Husain), Pergi Tanpa Alasan dan Harga Sebuah Cinta (Hani Fazuha), Dekat Padamu dan Pujuk Hati Dia (Sarnia Yahya), Romeo Vs Juliet (Que Sera Sera) serta Awek Pisang Goreng (Syah Shah). Oh, satu lagi buku ini adalah edisi terhad. Belian hanya secara online kerana cetakannya terhad. Maka, cepat-cepatlah dapatkannya sementara stok masih ada. Ceh, dah macam tukang promosi pula. :P

Okay, macam biasa saya cuma pilih cerpen-cerpen yang saya suka untuk diulas. Hihi.

1. Maaf Tak Indah - Emy Roberto.
Walaupun dah pernah baca di blog penulis dulu, saya tetap baca kisah ni tanpa skip. :) Kisah Syazan Shahira (Syazan) yang dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Kebaikan yang ditabur Raimi dijadikan tiket untuk mengambil kesempatan sehingga tergamak untuk membunuh zuriat sendiri. Kesilapan Syazan menyebabkan dirinya dimusuhi Raimie sehingga anak mereka dilahirkan. Adakah kemaafan buat Syazan setelah dia benar-benar menyesali perbuatannya dahulu?

2. Rahsia Kita - Anna Lee  
Nuha yang sedang buntu dengan masalah hidupnya tiba-tiba rasa dilimpahi cahaya bila terbaca iklan mencari jodoh di ruangan iklan dalam suratkhabar. Tanpa berlengah, Nuha menghantar resume permohonan dan diterima untuk proses saringan. Tak lama selepas perkenalan dengan Nuha, Amri bersetuju untuk bernikah walaupun  agak hairan bila gadis secantik Nuha rela untuk bernikah dengannya. Rupanya ada rahsia yang disembunyikan Nuha. Apakah tindakan Amri selepas mengetahui rahsia yang disembunyikan Nuha? Sungguh, cerpen ini memang jadi pengubat kekecewaan saya pada novel Terukir Cinta. Terima kasihlah wahai penulis. :)

3. Romeo Vs Juliet - Que Sera Sera
Permusuhan antara abang-abang mereka (Rashdan dan Adnan) merapatkan hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi yang dipanggil Mr. Panda oleh Serafina. Izz Rizqi umpama penyelamat untuk Serafina. Cuma bila Adnan dan Rashdan bergaduh besar disebabkan mereka, Rashdan dan Serafina terpaksa bertukar sekolah. Terputus sudah hubungan antara Serafina dan Izz Rizqi.  Siapa sangka Mr. Panda yang gemuk suatu waktu dulu sudah bertukar rupa? Pertemuan kembali bila Serafina menyambung pengajiannya di Surrey merapatkan kembali hubungan mereka. Siap bernikah lagi tanpa pengetahuan keluarga mereka. Haish. Entah berjaya entah tidak mereka ni damaikan Rashdan dengan Adnan tu. Kena bersabar tunggu sambungan dalam novel la agaknya. :)

4. Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah
Irdina Hanani (Din) dan Faizul Shah (Fai) bersatu selepas dianiaya oleh Fawwaz, adik Fai. Fawwaz ni sebenarnya kecewa sebab Din menolak hasrat hatinya. Jadi, termetrailah ikatan antara Fai dan Din angkara Fawwaz. Din yang kekok dengan status barunya memang susah nak terima Fai. Fai pun tabah aja melayan kerenah Din yang kasar ni. Lembut-lembut Fai ni pun, dia sangat protective. Lebih-lebih lagi bila Fawwaz mula membuat onar dalam perkahwinan mereka. Kuatkah mereka berdepan dengan cabaran ini? Tercapai tak agak-agaknya misi mereka nak jadi isteri soleh dan suami solehah tu? Ahaha. Saya suka tajuk cerita ni yang catchy. Kata salah seorang teman saya, lepas baca kisah ni kena terjun telaga. Manis sangat! :P

Komen saya: Memang diakui, himpunan cerpen dalam ni manis-manis belaka. Kena sediakan bekalan air masak secukupnya sesudah baca Kisah Dari Hati ni. :P Tahniah dan terima kasih buat penerbit atas usaha menerbitkan himpunan kisah-kisah yang manis ini. Selamat maju jaya juga untuk kesemua penulis yang terlibat dalam Kisah Dari Hati ni. Saya suka baca kisah-kisah pendek ni sebab kebanyakkan kisahnya senang dan mudah hadam. Tak perlu nak  stress dengan macam-macam konflik seperti dalam novel. :) 

Saturday, October 12, 2013

Eksperimen Cinta - Anjell

Posted by Hajar at 11:46 PM 2 comments
Tajuk: Eksperimen Cinta
Penulis: Anjell
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM30.00
Sabah/ Sarawak: RM 33.00
Halaman: 843 mukasurat
ISBN: 9789670246529

Kerana kecewa bila Seri Husna (bekas teman wanitanya) berkahwin dengan Tengku Andrean Shah (adik kembarnya), Tengku Aaron Shah (Aaron) memang dah tak percaya pada cinta. Selama ini, perempuan di sekelilingnya hanyalah sebagai teman berhibur sahaja sehinggalah Farisha Damia (Damia) muncul dalam hidupnya. Tertarik dengan sikap tegas dan selamba Damia, Aaron tak mahu bertangguh untuk mengikat Damia dalam hidupnya. Si gadis mahu dijadikan bahan eksperimennya.

Bagi Damia pula, Aaron bukanlah lelaki idamannya. Berlagak, perasan bagus, kasanova dan segala perkara yang negatif  kelihatan di mata Damia. Namun, pilihan yang diberikan Aaron buat Damia buntu. Kata Aaron, kalau mahukan tajaan bernilai jutaan ringgit itu, Damia perlu menerima lamarannya. Haish. Atas rasa tanggungjawabnya pada syarikat, Damia terpaksa menerima lamaran Aaron. Siap tambahan syarat ala-ala pisau cukur untuk buat Aaron berundur. Tapi, ada si Aaron tu hairan? Haha.

Bukan mudah mahu menyesuaikan diri dalam perkahwinan mereka ini. Walaupun Aaron bersikap kerek  dan sinis, Damia masih tetap selamba dan tabah melayani Aaron selayaknya seorang suami. Tanpa Aaron sedar layanan Damia membuat hatinya terusik. Hakikatnya Damia bukanlah seperti wanita-wanita yang mendampinginya untuk kemewahan. Akhirnya Aaron tewas dengan perasaannya sendiri bila Damia mula menjauhkan diri. Eksperimen gagal!

Setelah bahagia menjengah, datanglah pula bekas teman wanita Aaron menabur fitnah. Haish. Leburkah kepercayaan Damia terhadap Aaron?


Komen saya: Yeah, kisah ni kisah tipikal. Kahwin paksa atau lebih tepat lagi dipaksa berkahwin tanpa rela.  Tapi berjaya dilakarkan dengan baik oleh penulis. Maksud baik bagi saya adalah, tiada konflik meleret-meleret sampai saya rasa nak lempar buku dalam longkang. Hahaha.  Gaya bahasanya pun agak santai dan straight forward. Cuma ada sesetengah bahagian terutama di awal penceritaan bagi saya agak meleret. Tahniah Anjell. Keep it up! Moga dikurniakan ilham yang lebat untuk melakar kisah-kisah seterusnya. :)

Tuesday, October 8, 2013

Cintaku Bukan Murah - Aleya Aneesa

Posted by Hajar at 11:01 PM 2 comments
Tajuk: Cintaku Bukan Murah
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  620 mukasurat
ISBN: 9789831248805

Perkahwinan Nadra dan Raqib bukanlah atas sebab cinta. Mereka bermula sebagai teman rapat dan kemudian hubungan mereka dinaiktaraf kepada hubungan suami isteri. Itu pun gara-gara Nadra tak mahu dijodohkan dengan Ghazlan, calon pilihan abangnya. Jadi, Nadra memberanikan diri melamar Raqib. :)

Perkahwinan mereka memang tampak bahagia. Lebih rapat berbanding waktu mereka berteman. Memang tak nampak cacat cela lebih-lebih lagi Raqib memang pandai mengambil hati Nadra. Cuma mungkin Raqib lupa, layanan baiknya pada Nadra bukan bermakna Nadra telah maklumi isi hatinya, Jadi hubungan baik mereka masih terbatas bila masing-masing masih memendam rasa.

Kebanyakan menantu perempuan yang kita tahu mesti bermasalah dengan ibu mertua. Berbeza dengan Nadra, cabaran hebatnya adalah bila terpaksa berdepan dengan Idlan, adik ipar yang terang-terang menganggap Nadra 'perampas' abang kesayangannya dan datuk juga Raqib, Leftenan Kolonel (B) Tuan Haji Yunus. Datuk Raqib ni tak habis-habis mengungkit dan mengutuk Nadra. Tak pandai buat kopilah, pucatlah. Pendek kata ada saja yang tak kena dengan Nadra setiap kali dia datang bertandang. Tapi dalam tegasnya tu, Nadralah cucu menantu yang diiktirafnya. Dia takkan approve isteri lain untuk Raqib. Tuan Haji Yunus ni memang cool!

Bagi Idlan pula, Nadra harus diperangi habis-habisan. Dia tak rela berkongsi kasih dengan Nadra. Err, bunyinya macam bermadu kan? Hehe. Tapi hakikatnya lebih kurang begitulah. Depan Raqib dan ahli keluarga yang lain, Idlan pandai berlakon dan pandai memutar fakta sehingga tercetusnya pergaduhan antara Raqib dan Nadra. Memang bertepuk tanganlah Idlan jawabnya. Huh.

Ketabahan Nadra mengharungi semua dugaan di rumah mertuanya ranap sekelip mata bila diketahui yang Raqib tak pernah ada sedikit pun perasaan untuknya. Tambah memilukan lagi Nadra turut kehilangan abang dan anak yang dikandungnya pada hari yang sama. Bila Nadra mula menjauhkan diri, mampukah Raqib untuk memujuk hati Nadra yang terluka parah itu?

Komen saya: Seperti biasa, penulis tak pernah lupa menyelitkan unsur-unsur kekeluargaan dalam setiap karyanya. Konflik antara Nadra-Idlan-Tuan Haji Yunus memang nampak cantik aturannya sampai buat saya rasa geram teramat dengan Idlan tu. Kalau ada depan mata memang dah kena luku agaknya. Huh. Nadra pun bukan jenis melawan. Pasrah je menelan ayat-ayat pedas Tuan Haji Yunus tu. Kalau orang lain yang duduk tempat Nadra tu mungkin dah berperang agaknya. :) Apa pun tahniah buat penulis atas garapan terbarunya ini. Moga makin banyak kisah-kisah menarik yang bakal dilakarkan selepas ini. :)  

Monday, October 7, 2013

Terukir Cinta - Anna Lee

Posted by Hajar at 10:47 PM 4 comments
Tajuk: Terukir Cinta
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman:  615 mukasurat
ISBN: 9789671192528

Nadia si polos yang setia dan sempoi. Dalam hidupnya, hanya dua K yang diimpikan. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Oklah, walaupun bukan kerjaya yang menjanjikan kemewahan. Tapi bagi Nadia, cukuplah bagi menampung kehidupan sehariannya. Kahwin? Inilah yang menjadi dilemanya sekarang.

Setelah lima tahun bercinta, Imran masih lagi tidak menunjukkan petanda untuk melamarnya. Jika tiada yang sibuk-sibuk mempersoalkan, memang Nadia boleh berlagak selamba. Tapi bila emak di kampung mula mendesak, serba salah jadinya. Bila diajukan kepada Imran, cuma disuruh bersabar sebab Imran kononnya sedang mengumpul modal untuk membeli rumah kediaman mereka nanti. Mula-mula memang Nadia bolehlah digula-gulakan dengan alasan tu. Bila dah kerap kena provoke  dengan emak sendiri siapa yang boleh tahan kan?

Di sinilah bermulanya adegan ala-ala Dia Random Guy. Sebab dah terlampau geram dengan Imran, Nadia menyahut cabaran Imran. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar entah siapa-siapa lelaki yang lalu di situ. Huh. Mujurlah Mr. K (Khalif)  yang lalu. Kalau mamak kedai tu yang lalu mau meraung agaknya Nadia kat situ. Hihi. Khalif yang serabai ni boleh pula melayan permintaan tak masuk akal si Nadia ni. Nadia tak pedulilah, siapa pun yang dia lamar tu. Janji misinya untuk membuat Imran cemburu tercapai. Sudahnya Imran buat tak kisah. Siap bersetuju untuk berpisah. Heh.

Yang menariknya, lepas aja putus dengan Imran Nadia kerap bertemu dengan Khalif sebab Khalif ni sentiasa je muncul waktu Nadia memerlukan. Macam stalker pun iya. Bila Maisara, teman sepejabat Nadia mula meng'gedik' dengan Imran. Khaliflah manusia yang menjadi penyelamat. Macam dirancang-rancang pula kan?  Bila dah mula serasi, sesuatu berlaku hingga membuat Nadia tersepit antara Imran dan Khalif. Siapa akhinya yang bakal jadi pelengkap K yang dicari Nadia?

Komen saya: Cerita ni memang nampak agak menarik awalnya, tapi graf suka saya makin menurun di pertengahan cerita sehingga akhir. Hmm. Mungkin rasa terganggu dengan sikap Nadia yang goyah ditambah pula bila terbongkar identiti Maisara di penghujung cerita. Bagi saya perancangan mereka nampak kejam walaupun tujuannya baik. Imran tu dah macam mangsa uji kaji pula. :P Tapi, lain orang, lain rasanya kan? Saya pasti ramai yang jatuh hati dengan Khalif ni nanti. :) Tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. Moga terus maju jaya dan dilimpahi ilham untuk kisah-kisah seterusnya.  Tak lupa juga terima kasih buat si pemberi buku. Moga makin murah rezeki. Amin! :)     

Saturday, September 28, 2013

Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi

Posted by Hajar at 11:44 PM 2 comments
Tajuk: Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi
Penulis: -
Penerbit:  Alaf 21
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman:  423 mukasurat
ISBN: 9789831248805


Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi ini menghimpunkan karya-karya yang pernah tersiar di laman sesawang penulisan kreatif Ilham Kreatif Karangkraf. Ada 25 cerpen semuanya dalam ini. Kebanyakannya bertemakan cinta dan setiap satunya ada kisah yang tersendiri. Cuma ada beberapa cerpen yang agak 'luar kotak' dan menarik untuk saya ulaskan di sini: -

1. Diari Umi Untuk Anakku - Diyana Farah
Pemergian Umi tersayang akibat penyakit kanser menyedarkan Sumayyah tentang kasih sayang si ibu. Diari yang ditinggalkan banyak mencoret tentang perasaan si ibu dari Sumayyah kecil hingga remaja. Gembira, kecewa, sedih semuanya tercoret dalam diari itu. Malangnya Sumayyah sudah terlewat bila menyedari teguran dan kemarahan kedua ibu bapanya adalah untuk kebaikannya. Dalam diam Sumayyah berjanji untuk menghadiahkan kejayaan buat ibunya walaupun ibu sudah tiada di sisinya.

2. Misteri Nenek Tua - Wanzz Aprilzz
Farah baru berpindah ke kawasan kampung untuk mencari ilham untuk menulis. Ketenangan kawasan tempat tinggalnya itu diharapkan dapat membantu memberi ilham untuknya berkarya. Namun, kehadiran seorang nenek tua yang di kawasan rumahnya itu mengundang persoalan. Siapa sebenarnya nenek tua itu? Setahu Farah, rumah sewanya itu satu-satunya rumah yang ada di kawasan itu. Hish, rupanya nenek tua itu sedang mencari 'pewaris'nya. Haish..

3. Psiko - Syafeza Sauli
Aha, ini salah satu cerpen yang agak lain dalam naskhah ini. Sutera, seorang pesakit mental dikatakan telah membunuh kedua ibu bapa angkatnya. Kerana trauma dengan masa lalunya, Sutera banyak berkomunikasi dengan monolog dalaman dirinya. Doktor yang merawat Sutera cuba untuk membantunya keluar dari tahanan. Tapi Sutera masih berteka-teki walaupun dia sudah mula mahu untuk membongkarkan dalang di sebalik pembunuhan itu. Heh. Saya pun sebenarnya agak kabur dengan situasi sebenarnya sebab pengakhir kisah ini penulis tinggalkan kita dengan persoalan. Adeh..

4. Sketsa Pendek [Hero Mati]- Cikgooden
Ini cerpen yang berjaya buat saya gelak di tengah-tengah malam. Haha. Ada 17 sketsa dan kesemua sketsa di akhiri dengan ayat 'mati'. Sebab hero dalam setiap sketsa tu bertemu ajalnya di setiap pengakhiran cerita. Memang menghiburkan walaupun sadis. Buat saya terasa macam membaca blook. Hihi.  

Komen saya : Kadangkala, bila agak tepu dengan kerja / study, saya lebih suka membaca kisah-kisah pendek sebegini sebagai escapism. Yelah, nak baca novel kadangkala perlu ambil masa yang panjang, jadi kisah-kisah pendek sebegini sangat membantu waktu otak saya tepu. :) Terima kasih atas usaha penerbit mengangkat kisah-kisah pendek ini dalam bentuk naskhah terbitan. Dan selamat maju jaya juga untuk penulis-penulis yang menyumbangkan karya mereka dalam antologi cerpen ini. :)

Bukan Cinta Monyet - Hasliza Ismail

Posted by Hajar at 10:46 PM 0 comments



Tajuk: Bukan Cinta Monyet
Penulis: Hasliza Ismail
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  476 mukasurat
ISBN: 9789675067716

Saya baca buku ni sesudah saya menonton dramanya. Jadi bila baca memang terbayangkan heroinnya yang comel tu. Haha. Heroin saja ye? :P

Hubungan rapat antara Kamal Ilham dan Nurul Suhana sudah terjalin sejak sekian lama. Walaupun terpisah selama 8 tahun kerana Kamal Ilham menyambung pengajiannya, mereka tetap berhubung kerana Nurul Suhana sudah menganggap Kamal Ilham ibarat abangnya sendiri. Tapi lain pula yang terjadi bila Kamal Ilham menjejakkan kaki ke Malaysia setelah tamat pengajiannya. Pertemuan kembali setelah sekian lama itu membibitkan rasa dalam hati Nurul Suhana. Mungkinkah abang angkatnya itu sudah ditakdirkan jodohnya atau hanya gelora perasaan remaja semata?

Memang comel bila Nurul Suhana ni berusaha menarik perhatian Kamal Ilham. Lebih-lebih lagi sesudah diperkenalkan dengan Annetalia, teman wanita merangkap bakal tunangan Kamal Ilham. Ada saja akal dia nak mendekatkan diri dengan Kamal Ilham. Bila si jejaka bercadang menonton wayang bersama pujaan hati tiba-tiba Nurul Suhana juga muncul di situ. Kebetulan? Tak mungkin kebetulan bila semua aktiviti Kamal Ilham sudah diketahuinya lebih awal. Tertekan dengan situasi yang berulang ditambah lagi dengan tekanan dari Annetalia membuatkan Kamal Ilham nekad berterus terang dengan Nurul Suhana. Kamal Ilham merasakan tindakannya melukakan Nurul Suhana adalah tindakan terbaik untuk gadis remaja itu.Perjalanan hidup Nurul Suhana masih jauh dan dia tak mahu memberi harapan kosong kepada gadis itu.

Musibah yang melanda keluarga Nurul Suhana turut meragut semangat gadis periang ini. Atas rasa tanggungjawab melindungi Nurul Suhana dan ibunya, Kamal Ilham membawa kedua ahli keluarga angkatnya itu tinggal bersama di rumah keluarganya walaupun hubungannya dengan Nurul Suhana sudah semakin jauh.

Kemunculan Alvin, sepupu Kamal Ilham  banyak membantu Nurul Suhana bangkit semula dari kemurungannya.  Hubungan rapat antara Nurul Suhana dan Alvin mula buat Kamal Ilham rasa tergugat. Dalam hati rupanya sudah terdetik rasa. Walaupun Annetalia sudah jadi tunangannya, kenapa Nurul Suhana masih diingati? Ah, sudah! Macam mana ni?

Komen saya:  Cinta memang tak pernah mengenal usia. Sejauh mana pun kita mengelak, kalau sudah tersurat itulah jalannya, redhalah dengan ketentuanNya. Hihi. Nak bermadah tiba-tiba. :) Buat penggemar kisah santai, ini hidangan buat anda. Kisah ni memang santai dan comel. Tak memeningkan kepala. Cuma terkejut bila tau rupanya Annetalia tu mendekati Kamal Ilham bersebab. Cis. Memang tak patut. Oh, ya. Baru saya teringat, ada cameo Suriani (heroin Kapal Terbang Kertas) juga dalam kisah ni tau. :) Tahniah buat penulis. Moga lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)

Secantik Anugerah - Sarnia Yahya

Posted by Hajar at 10:14 PM 1 comments

Tajuk: Secantik Anugerah
Penulis: Sarnia Yahya
Penerbit: NB Kara Sdn. Bhd.
Harga: RM19.90
Sabah/ Sarawak: RM 22.90
Halaman: 502 mukasurat
ISBN: 9789834347376

Satu lagi novel yang berjaya saya sudahkan dalam tempoh 'berpuasa' saya. Hehe.

Aisya digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia. Perkahwinannya dengan Azri cukup membahagiakan tapi angkara sikap pentingkan diri individu yang rapat dengan Azri, ikatan perkahwinan mereka musnah di tengah jalan. Memang sedih. Lebih-lebih lagi Aisya baru saja keguguran anak pertamanya. Kemudian terus diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Tak lama kemudian Aisya dapat tahu yang Azri sudah berkahwin dengan Natasha, anak kepada bapa angkat Azri. Sobs.

Selepas beberapa tahun Azri muncul kembali. Setelah Aisya sudah kuat berdepan dengan dugaan hidupnya. Azri mahu perbetulkan semua salah faham antaranya dengan Aisya yang tak pernah dijelaskan sebelum ini. Tapi, Azri rasa terhalang dengan 'status' Aisya yang kononnya sudah berkahwin dengan Farid, teman rapat Azri. Salah faham mereka ni tak terungkai sehinggalah Aisya dah bersetuju untuk menikahi Firdaus.

Firdaus. Nama yang cukup indah untuk lelaki yang berperwatakan menarik ini. Perkenalannya dengan Aisya membibitkan rasa cinta. Sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat memiliki Aisya. Aisya yang beku dengan lelaki setelah perpisahannya dengan Azri  akhirnya larut juga dalam kasih sayang yang ditunjukkan oleh Firdaus.

Rupanya perkahwinan mereka turut membongkar cerita disebalik perkahwinan Azri dengan Natasha. Sobs. Memang sedih bila kebenaran terbongkar. Tapi, masing-masing layak untuk berbahagia dengan kehidupan mereka walaupun sebenarnya saya sangat kesian dengan Azri. Sobs. Moga dia temui kebahagiaannya juga.

Komen saya: Ini kisah wanita yang lemah. Yang terlalu bergantung harap dengan lelaki. Hakikatnya memang begitulah. Suami seharusnya jadi tempat isteri berpaut. Cuma pendapat saya sebagai seorang wanita, tak salah kita berdikari dan menyimpan sedikit 'rasa' itu untuk diri sendiri agar andai ditakdirkan suatu hari nanti kita rebah, kita mampu untuk pantas berdiri kembali. :) Apa pun tahniah Kak Sarnia. Rupanya ini karya pertama penulis. Mengundur ke belakang rupanya saya ni. Hehe. Saya sukakan kisah ini sebab dalam kerumitan kisah Aisya-Firdaus-Azri ini ada banyak mesej yang tersirat untuk kaum wanita umumnya dan untuk saya khususnya. :)     

Terima Kasih Cinta - Lya Zara

Posted by Hajar at 9:56 PM 2 comments
Tajuk: Terima Kasih Cinta
Penulis: Lya Zara
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19.00
Sabah/ Sarawak: RM 22.00
Halaman:  426 mukasurat
ISBN: 9789670448343


Dah lama sebenarnya saya sudahkan bacaan buku ni, tapi tak berkesempatan nak menaip. Lama sangat 'bercuti', momentum pun dah hilang. Maaf ye kalau ada yang tertunggu-tunggu update blog ni. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini. :)

Kali ni kita menyelami kisah love-hate relationship antara Amani dan Zafran. Pertemuan pertama antara Zafran dan Amani menimbulkan rasa jengkel Zafran terhadap Amani. Mana tidaknya, penampilan Amani yang agak kekampungan menyakitkan mata Zafran. Selera Zafran dah tentulah gadis seksi dan menggoda, tapi malangnya dapat pula Amani sebagai setiausaha. Memang jadi mangsa kutukan dan kejian ajelah si Amani ni.

Tapi Amani bukan pedulikan semua itu. Janji poketnya berisi dan keluarganya di kampung dapat dibantu. Kemunculan Arisya sedikit sebanyak membantu Amani menangani kerenah bos 'singa'nya itu. Atas nasihat Arisya yang mahukan perhatian Zafran, pelbagai elaun  grooming  diberikan kepada Amani.

Bila dah cantik menawan, hati pun mulalah tercuit. Paling tak tahan Zafran sanggup menyusul Amani ke kampung semata-mata sebab rindu. Haha. Itulah, dulu mulut kemain celupar lagi. Bila dah terpaut, berjauhan sikit pun dah rindu. Sebenarnya Zafran ni masih fobia dengan kegagalan hubungan cintanya yang lalu. Penampilan naif Amani tu mengingatkan Zafran kepada Natrah yang telah mengecewakan Zafran. Jadi, kutukan-kutukan terhadap Amani tu semua untuk menafikan perasaannya sendiri. Heh.

Akhirnya mereka tetap disatukan dengan restu kedua-dua belah pihak. Kepulangan Natrah dan si keletah Emir Luqman kemudiannya sedikit sebanyak merenggut kebahagiaan yang sedang mereka nikmati. Kesian juga Amani ni bila Zafran terang-terang bermain wayang di depan mata. Tapi semuanya bersebab. Nak tau sebab apa? Kenalah baca kan? :)

Komen saya: Kalau anda rasa nak lari dari tema kahwin paksa, ini salah satu buku yang patut anda baca. Walaupun kisahnya biasa-biasa yang kita dah boleh agak jalan ceritanya, penulis berjaya melakarkan kisah ni tanpa 'tersangkut' di sana-sini. Tahniah buat penulis untuk karya sulung beliau ni. Moga maju jaya untuk karya-karya seterusnya. Terima kasih juga buat tuan punya buku yang sudi 'melambakkan' buku-bukunya untuk saya baca. Hehe. :)  
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review