Friday, May 3, 2013

Pecah - Khairulnizam Bakeri

Posted by Hajar at 11:10 PM
Tajuk: Pecah
Penulis: Khairulnizam Bakeri
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 16.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 310 mukasurat
ISBN: 9789670374277


Ironi kan, bila seorang pengamal undang-undang cuba mencabar undang-undang? Inilah yang penulis cuba ketengahkan dalam Pecah. Seperti Kasino, Pecah juga berlatarbelakangkan jalan cerita yang ringkas.
Kisahnya, 4 orang rakan merompak CIMB Bank, Shah Alam. Herman, Alan, Radi dan Don sempat melarikan wang rompakan dan juga satu safe deposit box kepunyaan Bakar. Malangnya, kaki Alan ditembak oleh Kazim, pengurus bank. Kalau dalam situasi biasa mesti dah kantoi tapi malangnya tidak. Mastermind mereka, Herman ni bijak. Ditinggalkan Alan di hospital untuk dapatkan rawatan manakala mereka menyembunyikan wang hasil rompakan sekaligus menghilangkan jejak jenayah mereka.

Motif rompakan ni pun cuma sebab dendam. Herman berdendam dengan Kazim, disebabkan Kazim pernah songlap duit dan menghancurkan usahasama mereka. Kemudian, tak cukup dengan itu, Anida, isteri Herman pun dikebasnya. Haish.

Bakar pula merupakan salah seorang penghuni Rumah Seri Murni. Kesian, sebab anak-anak tak mahu jaga, bapa mereka dihumban ke rumah orang tua. Mujur ada yang sudi nak menjaga si warga emas tu. Kesilapan masa lampaunya pada anak-anak menyebabkan mereka berdendam pada si bapa. Tapi rupanya bukan anak-anak sendiri je berdendam, Lidya, jururawat yang bertanggungjawab menjaga Bakar juga dalam diam menyimpan dendam pada Bakar. Dendam yang turut menyumbang kepada rancangan rompakan Herman dan rakan-rakan. Apalah yang buat Lidya simpan dendam pada Bakar tu agaknya?

Menariknya kisahnya berkait rapat antara satu sama lain yang akhirnya membawa kita kembali ke satu titik penyebab. Hehe. Nak tahu lebih lanjut kenalah baca kan? ;) 

Komen saya: Rasanya ini adalah antara buku yang boleh saya katakan agak 'bijak' untuk dihidangkan kepada pembaca. Tanpa nota penulis di bahagian hadapan tu pun kita boleh agak yang penulis bukan menulis secara membuta-tuli. He did his homework. Tak adalah nampak cerita macam tak logik sangat, kan? Jujurnya saya sukakan plot yang tersusun dan pantas begini. Tak meleret-leret. Babak flashback juga membantu kita memahami perjalanan cerita dengan lebih baik. Tahniah buat penulis. Rasa rugi pula tak baca awal-awal dulu. Hmm. Tak sabar nak tunggu Pecah versi visual. Harap filemnya juga sebijak bukunya. :) Err, untuk babak-babak yang tak sesuai untuk budak-budak tu, saya skip laju-laju sebab saya lebih teruja nak tahu apa perancangan mastermind mereka ni. :)

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review