Wednesday, July 31, 2013

Kelabu - Nadia Khan

Posted by Hajar at 8:35 PM 0 comments
Tajuk: Kelabu
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Harga: RM 24.90
Sabah/ Sarawak: -
Halaman: 456 mukasurat
ISBN: 9789670374048


Bukan senang hidup sebagai Amir ni. Hidupnya penuh kekelabuan. Hitam atau putihnya tak berapa jelas. Dan dia pun kadangkala keliru dengan identitinya sendiri. Haih.

Perkenalan Amir dengan Jun sewaktu bertugas di event sebuah kolej membawa kepada hubungan kontrak mereka. Amir ditawarkan watak boyfriend kontrak sebab Jun nak buatkan teman lelakinya cemburu. Pelawaan Jun diterima dengan senang hati walaupun teman-teman rapat Amir tak bersetuju dengan risiko yang bakal dihadapi oleh Amir bila dia bersetuju untuk membantu Jun.

Kisahnya memang mudah. Cuma kita bakal dikejutkan di pertengahan cerita. Hehe. Rasa tertipu juga mula-mula. Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan penulis di dalam Kelabu. Bagaimana Amir membuat pilihan setelah segala kebenaran terbongkar? Hitam ataupun putih yang jadi pilihan? :)

Sebenarnya didikan ibu bapa sangat memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Kalau awal-awal lagi dah dedahkan anak-anak dengan perkara yang buruk, memang buruklah pengaruhnya. Jadi, kalau anak-anak buat hal silalah muhasabah diri dulu ye. Jangan sesuka hati nak menuding jari pada orang lain. Ops! Apa pun, tahniah buat penulis untuk cubaan berani ini.  

Komen saya: Membaca kebanyakan resensi berkaitan buku ini buat rasa ingin tahu makin membuak. Nak tahu sangat apa kelainan di sebalik plot kisah yang digarap penulis ini. Tapi malangnya rasa teruja yang saya simpan sekian lama dah tak berapa mengujakan bila saya dah terbaca kisah Suhani dalam antologi cerpen KLCC. Aiseh. Jadi bila baca buku ini saya dah tak rasa adventure dengan perjalanan kisah Amir ni. Tapi... watak Shah tu pada saya banyak jadi penyelamat kepada rasa terkilan pada diri sendiri. Hehe. Itulah, siapa suruh spoilkan diri sendiri? Cuma rasa kenapa pengakhirnya sebegitu? Siapa yang datang ke rumah Amir tu? Shah atau Amran? Recommended untuk pembaca yang mencari kelainan plot dan jalan cerita. :)

Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha

Posted by Hajar at 8:18 PM 0 comments
Tajuk: Pergi Tanpa Alasan
Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  500 mukasurat
ISBN: 9789671192511

Ini kisah Rihana yang pernah tersasar jauh dari landasan hidup yang sepatutnya. Akibat leka dan alpa dengan nikmat dunia, Rihana lupa dengan segala didikan yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya sejak kecil. Kerjaya Rihana sebagai social escort (atau dalam bahasa mudahnya GRO) memberinya peluang untuk berkenalan dengan lelaki-lelaki berwang yang gemar mencari hiburan di luar termasuklah Hakim. Kemewahan yang ditabur oleh Hakim juga menghanyutkan Rihana. Namun, suatu peristiwa yang nyaris meragut maruah Rihana membawa Rihana menyedari kekhilafan yang sedang dilakukannya.

Bagi Hakim, Rihana bagai ubat bagi segala penyakitnya. Memberi ketenangan walaupun Rihana diibaratkan umpama merpati. Dipanggil merapat tapi bila ditangkap ia melarikan diri. Pertemuan kembali setelah 6 bulan Rihana menghilangkan diri menyedarkan Hakim. Dia mahukan Rihana bukan hanya kerana tuntutan nafsunya semata, tapi kerana rasa yang dah meresap dalam hatinya. Aura Rihana sangat payah untuk dielak walaupun perwatakan Rihana tak sama dengan Rihana yang dikenalinya 6 bulan dulu.

Bermula saat pertemuan kembali dengan Rihana, Hakim bertekad untuk mengikat Rihana menjadi yang halal buatnya. Walaupun Rihana berdegil menolak kehadirannya, Hakim pasti ada cara untuk membuatkan Rihana berkata ya untuk setiap kehendaknya. Termasuklah untuk memaksa Rihana bersetuju untuk mengahwininya. Haish. Hakim..Hakim.. Tak sedar agaknya kehadiran Rihana di sisinya bakal mengundang pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi bila Hakim sendiri sebenarnya sudah ditunangkan dengan Nelly, anak kenalan keluarganya.

Berjaya atau tidak mereka mencorakkan rumahtangga mereka tanpa gangguan dan campur tangan kedua ibu bapa Hakim?

Komen saya: Kisah ini memang bertumpu pada kisah Rihana dan Hakim. Bagaimana Rihana ketemu hidayah. Macam mana susahnya Rihana nak memadamkan sejarah hitam yang dipalitkan dalam kehidupannya bila bertemu kembali dengan insan-insan daripada kehidupan lampaunya dalam perjalanan penghijrahannya. Bagi watak Hakim pula, saya nampak dia agak mementingkan diri bila seboleh mungkin dia mahu memperisterikan Rihana walau tanpa restu kedua ibu bapanya. Heh. Memang bukan hero pilihanlah nampak gayanya. Saya rasa ramai yang menyukai kisah ni kerana elemen manis bergula di dalamnya. :) Sekalung tahniah buat penulis atas kelahiran karya terbaru di bawah penerbitan sendiri. Moga makin banyak karya bermutu yang bakal diterbitkan di bawah label Idea Kreatif. :)

Sunday, July 28, 2013

Kata Tak Suka - Qaseh Qaisara

Posted by Hajar at 10:27 PM 0 comments
Tajuk: Kata Tak Suka
Penulis: Qaseh Qaisara
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  482 mukasurat
ISBN: 9789673651436

Percutian dua buah keluarga yang kononnya untuk merapatkan hubungan antara sahabat lama rupanya ada agenda tersembunyi. Ibu si teruna dan ibu si dara rupanya dalam diam mengatur strategi untuk menjodohkan Megat Zafril (Zafril) dan Nea Alisha (Nea). Nea yang baru putus cinta dengan Luqman memang pada mulanya menolak untuk dijodohkan dengan Zafril. Macam-macam alasan yang diberi untuk mengelak termasuk mengutuk Zafril di depan Puan Asmah, ibu Zafril. Selamba aja dikatanya Zafril itu membosankan. Manakala Zafril pula mula cipta alasan kononnya tak berkenan dengan Nia yang gedik tu. Haish. Puan Asmah tu yang benarnya sedang mengubati kekecewaan hati bila hajat hati untuk melamar Wardah, sepupu Zafril ditolak oleh Wardah. Jadi Nea lah harapan terakhirnya. Hehe

Sebenarnya Nea dan Zafril  bukanlah teruk sangat. Lakonan mereka untuk mengaburi mata kedua-dua ibu mereka memang menjadi. Di mulut bukan main menolak, mengutuk bagai. Tapi sebenarnya dalam hati ada taman bunga. Pulang dari percutian keluarga, hubungan mereka semakin rapat tanpa pengetahuan para ibu. Siap berdating bagai tapi masing-masing tak berani nak meluahkan rasa hati. Kadang-kadang saya pelik juga dengan mak-mak diorang ni, Zafril tu sikit punya ambil berat pasal Nea tu tapi Puan Asmah masih tak boleh baca  hati dan perasaan anak sendiri.

Hajat mereka memang dipermudahkan bila Puan Asmah membuka jalan untuk menjodohkan mereka. Kedua-duanya bersetuju walaupun nampak macam kahwin paksa. Lepas berkahwin, barulah tersingkap perasaan masing-masing. Tapi Puan Asmah masih tak puas hati. Siap ikut anak menantu pi honeymoon lagi sebab nak pastikan yang mereka ni bukan kahwin kontrak. Hahah. Pengaruh novel Melayu sungguh Puan Asmah ni kan? :P

Namun, bila bahagia mula menjengah dalam kehidupan datanglah pula 'pengganggu' dalam rumahtangga mereka. Luqman, bekas teman lelaki Nea dah macam gila talak. Sibuk nak menagih kasih Nea sedangkan dialah yang curang dulu. Huh. Manakala Wardah pula mula nak mencucuk jarum bila nampak perkahwinan Zafril dan Nea bahagia. Haish. Macam manalah mereka ni nak menghadapi dugaan dan cabaran ni semua kan?

Komen saya: Memang menarik walaupun agak tipikal. Kisah santai tanpa konflik meleret. Agak seronok dibaca walaupun ada sesetengah bahagian saya rasa agak mendatar. Apa pun tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)



Sunday, July 21, 2013

Dekat Padamu - Sarnia Yahya

Posted by Hajar at 6:31 PM 0 comments
Tajuk: Dekat Padamu
Penulis: Sarnia Yahya
Penerbit: Lovenovel Publication
Harga: RM22.00
Sabah/ Sarawak: RM 25.00
Halaman:  517 mukasurat
ISBN: 9789671174104


Syafiqa (Ika), si yatim piatu yang cuma ada seorang abang kembar (Syafiq) yang ditahan di pusat pemulihan akibat ketagihan dadah. Hubungan baiknya dengan Ashila semenjak zaman persekolahan menemukan Ika dengan Iskandar Aisy (Is) dan Rayyan. Kebetulan, Ika pun bekerja dengan syarikat keluarga Ashila. Iskandar, abang kepada Ashila, sebenarnya sudah pun berkahwin dengan Tini. Tapi suka sangat mengusik Ika, sampai tahap nak jadikan Ika isteri bongsunya. Manakan tidaknya? Ika ni selalu jadi tempat Iskandar bercerita tentang masalahnya. Err, sebenarnya bukan Is aje, Ashila pun sama.

Persahabatan yang erat antara Ashila dan Ika membuatkan Ika banyak menyimpan rahsia Ashila. Termasuklah kisah skandal Ashila walaupun sebenarnya Ashila sudah pun ditunangkan dengan Rayyan. Adoilah Ika, setia tak bertempat sungguh!

Perkenalan Ika dan Rayyan pada mulanya hanyalah sebab projek pembangunan di bawah seliaan mereka. Tapi lama-kelamaan hubungan atas dasar kerja itu berlarutan kepada hubungan hati dan perasaan. Hubungan baik antara Syafiq dan Rayyan turut memberi kelebihan untuk Rayyan mendekati Ika. Ika pula berusaha sedaya upaya menafikan perasaannya pada Rayyan hanya kerana menghormati ikatan pertunangan antara Rayyan dan Ashila. Namun kematian Ashila tak berapa lama kemudian memberi peluang untuk hubungan mereka terus berkembang. 

Ingatkan dah boleh menarik nafas lega. Rupanya ada lagi musibah yang menanti. Masalah demi masalah yang berlaku di tapak pembinaan akhirnya membawa kepada runtuhan bangunan yang sedang diselia oleh Rayyan dan lebih malang lagi bila Rayyan terperangkap dalam runtuhan dan disahkan meninggal dunia. Aduhai. Luluh hati Ika. Bertambah lagi sedih Ika bila Syafiq pula meninggal dunia akibat dipukul oleh sepupu mereka, Helmi. :(

Pemergian demi pemergian dalam hidup Ika memberi peluang untuk Is mendekati Ika. Lebih-lebih lagi  bila Is sudah pun bercerai dengan Tini. Misi Is untuk menawan hati Ika dipermudahkan lagi bila mereka ditangkap khalwat ketika Is sedang membantu Ika yang terseliuh kakinya. Aduhai. Bila Ika tahu siapa mastermind di sebaliknya memang masaklah Is.

Komen saya: Aduhai, banyak sungguh kematian. Macam malang sangat hidup Ika ni bila takdir datang meragut hamipr semua insan yang disayanginya. Huhu. Kisah yang pada saya agak tragik tapi tak meleret. Tahniah buat penulis. Akhirnya terjawab juga semua persoalan saya untuk kisah Is dan Ika ni. Moga diberikan banyak ilham untuk menulis kisah-kisah yang lain selepas ini. :)

Dia... Random Guy - Farah Husain

Posted by Hajar at 4:58 PM 3 comments
Tajuk: Dia... Random Guy
Penulis: Farah Husain
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Harga: RM23.00
Sabah/ Sarawak: RM 26.00
Halaman:  502 mukasurat
ISBN: 9789671192504


Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar looser  sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan. Heh. Tapi, si random guy yang dilibatkan dalam masalah ini rupanya bakal adik ipar Zufa. Esh..esh.. Kantoi di situ. Alina fikir kisah mereka sudah tamat di situ. Rupanya tidak. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Memang bencana!

Bagi Amzar pula, pertemuannya dengan Alina bagaikan satu rahmat. Bukan apa, selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu, hidupnya memang jadi huru-hara. Lebih-lebih lagi bila kisah itu turut diketahui oleh keluarganya. Haish. Jadi inilah peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina. Yang kesiannya, tak fasal-fasal Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat. Haish.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar-Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat. Esh Amzar ni, dah suka tu mengaku jela. Lagi nak jaga gengsi. Hehe.

Komen saya: Bagi saya, di permulaan novel ni memang agak menarik, sebab saya nampak sesuatu yang agak berlainan di situ. Malangnya masuk fasa kedua buku ni, saya jadi kecewa. Mungkin sebab saya letak harapan yang tinggi untuk naskhah ini kot. Tapi, jangan mudah menilai okay? It's a nice piece to read. Apa yang saya rasa mungkin tak sama dengan apa yang orang lain rasa. Ini cuma pendapat saya. :)  Masih ada pengajaran yang boleh kita kutip dalam tu. Bukan setakat kisah Amzar dan Alina yang manis bergula itu saja. :) Dan saya agak puas hati sebab kisah ini ditamatkan tanpa persoalan tergantung.  Lepas ni mungkin kena buat macam Airina, jangan harap apa-apa bila membaca sesebuah buku. Jadi kita akan lebih enjoy membaca hingga ke mukasurat terakhir. :) Apa pun, tahniah kepada penulis atas kelahiran karya keduanya. Moga lebih banyak lagi ilham untuk kisah-kisah seterusnya. :)

Sunday, July 7, 2013

Di Ruang Itu Ada Kamu - Zulina

Posted by Hajar at 11:14 PM 0 comments
Tajuk: Di Ruang Itu Ada Kamu
Penulis: Zulina
Penerbit: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00
Sabah/ Sarawak: RM 24.00
Halaman:  540 mukasurat
ISBN: 9789670508108

Kepulangan Shahril Haidar (Shah) menemukannya dengan Nur Amira (Amy) yang di sangkakan ada hubungan dengan abang tirinya, Adam Syafiq (Adam). Rupanya Amy cumalah salah seorang peminat dan pemuja Adam dari jauh. Dengan kedudukannya sebagai usahawan muda yang berjaya, memang tak mustahillah Adam digilai oleh anak-anak gadis seperti Amira. Walaupun dah tahu yang Amy cumalah peminat abang tirinya,  Shah tetap jadi pengintip setia gerak-geri Amy. Rupanya dalam diam ada rasa yang berputik. Kalau tidak, takkanlah Shah sanggup menyewa rumah di kawasan yang sama dengan tempat tinggal Amy. :)

Shah dan Adam memang sangat berbeza perwatakannya walaupun dididik dan diasuh dalam keluarga yang sama. Adam, walaupun cumalah anak tiri tapi layanan ayah Shah pada Adam tetap sama dengan layanannya pada Shah. Cuma Shah agak tertekan bila Adam kerap dijadikan contoh oleh si ayah. Itu yang menyebabkan Shah memberontak dan bila ada peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara, Shah betul-betul menggunakan kebebasannya untuk lepas bebas daripada norma biasa kehidupannya di Malaysia.

Berbeza pula dengan Adam yang mana setelah menamatkan pengajiannya, Adam bekerja dengan ayah tirinya untuk bersama-sama membangunkan perniagaan keluarga mereka. Melihatkan kebebasan yang dikecapi oleh Shah di luar negara, Adam jadi cemburu. Kerana hormat dan terhutang budi dengan  si ayah, Adam akur dengan apa yang diaturkan oleh untuknya.

Bila mengetahui tempat persembunyian Shah selepas kepulangannya ke Malaysia, Adam telah siap sedia mengatur rancangan untuk mengumpan Shah supaya kembali ke rumah. Melihatkan keakraban hubungan antara Shah dan Amy, Adam mengaturkan supaya Amy bekerja di salah sebuah anak syarikat milik keluarga mereka. Akhirnya Shah berjaya dipujuk untuk kembali bertemu si ayah. Itu pun atas jasa baik Amy juga. Dan bila Adam juga menunjukkan minat untuk memikat Amy, Shah mula rasa tercabar sebab dia memang dah lama atur strategi untuk memikat Amy. Cuma Amy saja yang belum bagi respon. Antara Adam dan Shah, siapakah yang benar-benar layak untuk mengisi ruang hati Amy?

Komen saya:  Suka dengan watak Amy ni. Anak orang kaya tapi hidup sempoi. Shah dan Adam pun tak tahu latar belakang Amy ni sampailah keluarga mereka berkunjung ke rumah keluarga Amy untuk merisik. Kisah mereka ni agak santai dengan konflik ringan. Jadi kita takkan rasa tertekan untuk mengetahui siapa yang Amy pilih. :) Tahniah buat penulis untuk karya keduanya ini. Moga terus diberikan ilham untuk berkarya. :)
 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review