Friday, May 9, 2014

Sejak Kita Bertemu

Posted by Hajar at 11:12 PM
Tajuk: Sejak Kita Bertemu
Penulis: Camellia
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
Harga: RM24.00
Sabah/ Sarawak: RM 27.00
Halaman: 602 mukasurat
ISBN: 9789670246635

Masih ingat dengan Anis, Maria, Joe, Mak Ani, Apek Mana Cinta Hati Saya dan Cik Pia daripada kisah Erti Cinta? Haaa, kisah ini adalah lanjutan daripada Erti Cinta dulu.

Selepas berkahwin dengan Damien (adik Danny), Anis telah beberapa kali mengalami keguguran. Sedar dengan situasi tertekan yang membelenggu Anis, Tan Sri Dzairil (bapa Damien) menghadiahkan Vila Helena (sebuah rumah percutian) kepada Anis dan mencadangkan mereka suami isteri untuk bercuti ke situ. Sebenarnya Vila Helena itu asalnya adalah rumah keluarga mereka tapi disebabkan satu peristiwa lampau, keluarga Tan Sri Dzairil seolah-olah mengharamkan keturunan mereka menjejakkan kaki ke sana. Cuma bila generasi terdahulu sudah meninggal dunia, Tan Sri Dzairil merasakan yang dia mahu menyimpan kenangan silamnya dengan memperoleh kembali rumah tersebut dan menghadiahkannya kepada Anis

Memang untung jadi si Anis ni. Ayah mertua sayang sangat sampai tak bagi tercuit sedikit pun. Manalah Maisara, sepupu Damien tak anti dengan Anis? Kewujudan Anis seolah-olah meminggirkan dirinya yang selama ini jadi kesayangan Tan Sri Dzairil.

Pemergian Anis dan Daniel ke Vila Helena disambut oleh Maya, pembantu rumah yang kononnya ditugaskan untuk menjaga dan membersihkan Vila Helena. Agak misteri sebab tiba-tiba muncul pembantu rumah sedangkan Damien tidak pernah diberitahu tentang hal ini. Tapi memandangkan Anis mungkin memerlukan bantuan untuk membersihkan kawasan rumah, mereka akur dengan kehadiran Maya.

Pelbagai hal yang berlaku selepas kehadiran mereka ke rumah itu. Antaranya; Anis diganggu hingga dirasuk. Manakala Damien pula terlanggar seorang perempuan (Hanna) yang entah muncul dari mana semasa dalam perjalanan untuk mencari ubat demam untuk Anis. Lebih malang lagi bila Hanna yang disahkan mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) hanya mengenali Damien sebagai penyelamatnya. Kemudian banyak lagi gangguan-gangguan lain yang sebenarnya membawa mereka ke satu titik permulaan, Vila Helena. Jadi, apa agaknya misteri yang membelenggu sehingga mereka dihantui 'sesuatu' di situ?

Komen saya:

1. Memang benar, Iblis dan syaitan tu sentiasa berusaha menyesatkan anak Adam. Pelbagai cara diguna untuk membuat kita taksub tentang kewujudan mereka sehingga terlupa tentang kewujudan yang Satu dan paling berkuasa di dunia ini. Dan inilah yang penulis cuba tekankan kepada kita.

2. Suka dengan sifat kebapaan Tan Sri Dzairil yang sanggup mengutamakan keluarga walaupun kesibukan sentiasa menghambatnya. Banyak nasihat yang diturunkan kepada Damien dalam usaha membentuk Damien menjadi ketua keluarga kecilnya.

3. Suka penekanan kejujuran dan kepercayaan dalam sesebuah hubungan terutamanya dalam rumahtangga. Jika tiada kedua elemen ini tak mustahil jika rumahtangga yang dibina sentiasa bergolak. :)

4. Sama ada saya yang 'terkurang' rasa atau memang kisah ini yang kurang terasa 'seramnya'. Hahah. Gaya komen macam berani sangat je nak baca kisah seram. :P

5. Saya sentiasa kagum dengan keberanian Puan MK menulis kisah-kisah sebegini. Untuk keberanian dan kelainan yang cuba ditonjolkan, tahniah diucapkan. Moga sentiasa dilimpahi ilham untuk menghasilkan kisah-kisah sebegini pada masa akan datang. :)


1 comments:

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

Assalamualaikum, terima kasih banyak untuk review ini.

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review