Friday, January 30, 2015

Sepetang Di Kafe Biblioholic

Posted by Hajar at 10:27 PM
Sepetang di Kafe BiblioholicSepetang di Kafe Biblioholic by Ainunl Muaiyanah Sulaiman
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM20.00
Sabah/ Sarawak: RM 23.00
Halaman:  406 mukasurat
ISBN: 9789670201771


Tak sangka buku nipis ni ambil masa hampir seminggu untuk disudahkan. Bukan sebab kisahnya tak kena dengan selera, tapi sebab sayang nak habiskan pembacaan. Sebab apa? Jarang ketemu dengan buku yang nipis tapi padat dengan kisah dan perkongsian daripada penulis. Kadangkala kita tak perlukan buku setebal kamus atau ayat berbunga-bunga untuk terus setia dan kekal membaca sesebuah buku sehingga penamatnya, bukan? ;)

30-01-2015

Apa yang boleh saya katakan tentang buku ini adalah:

1. Jalan ceritanya memang plain, tak ada heavy conflict, tak ada kisah kahwin paksa / kontrak dan juga tiada kisah cinta ‘meleleh’ yang tipikal.

2. Sungguh pun nipis, isi kandungannya padat. Banyak perkongsian info yang dimuatkan tanpa meleret-leretkan cerita. Even cara membancuh teh dan kopi pun ada diselitkan juga tau? :)

3. Suka bila penulis tak menggambarkan watak secara berlebihan. Watak-wataknya sangat sederhana. :)

4. Kamellia - walaupun seorang anak yatim, wataknya bukanlah sadis dan perlu dikasihani. Dia wanita berpendirian hasil didikan arwah ibunya. Yang dia mahu cuma menumpang kasih bapa yang pernah terpisah lama. Cuma itulah, tak sangka kehadirannya tidak disenangi oleh ibu dan adik tirinya.

5. Reza - pengurus kafe yang berhati dingin. Juga sempoi. Apa tidaknya, dia lebih selesa berbasikal ke tempat kerja. Sangat mencintai alam, bukan? Pencinta teh dan juga pencinta buku. Rupanya ada kisah sedih di sebalik kedinginannya itu. Hmm.

6. Umair - ketua yang tegas di tempat kerja. Penggila kopi atau lebih tepatnya espresso. Kata Umair pahitnya espresso yang diminum itu ibarat hukuman atas kesilapan lampaunya.

7. Sangat terkesan dengan ayat-ayat sinis Reza. Uhuk-uhuk. Salah satunya:-

“Ramai orang yang membaca tetapi berapa orang yang benar-benar membaca?" - m/s 185

8. Suka keindahan bahasa yang diterapkan. Jadi tak hairan bila karya ini diangkat sebagai pemenang sebuah anugerah sastera baru-baru ini. Tahniah buat penulis dan team penerbit. Moga dikurniakan ilham dan kesempatan untuk melakarkan kisah-kisah seterusnya. :)

View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review