Saturday, February 28, 2015

... dan Dafodil pun Berbunga Lagi

Posted by Hajar at 8:40 PM
... dan Dafodil pun Berbunga Lagi... dan Dafodil pun Berbunga Lagi by Diya Nordin
My rating: 4 of 5 stars

Penerbit: JS Adiwarna
Harga: RM26.00
Sabah/ Sarawak: RM 29.00
Halaman:  598 mukasurat
ISBN: 9789670201979


22-02-2015

Phew, setelah hampir setahun saya ‘memeram’ buku ini akhirnya tamat juga pembacaan. Rugi sebenarnya tak baca dari awal sebab kisahnya terselit banyak pengajaran walapun menitis juga air mata nak menamatkan pembacaan. Hihi..

Setelah putus tunang Alia bertekad membawa diri ke Tanah Ratu untuk menyambung pengajiannya. Kehadiran Ikhwan, anak kepada kenalan keluarga Alia banyak membantu Alia menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di rantauan. Seringkali hubungan erat mereka disalah erti. Bagi Alia, Irwan hanyalah kenalan yang telah diamanahkan oleh keluarga Alia untuk ‘menjaga’nya di sana. Lagi pula Alia masih belum bersedia untuk memulakan hubungan dengan lelaki setelah dikecewakan oleh tunangnya.

Kemudian muncul pula Aiman, teman siber Alia yang berniat untuk berkenalan secara serius dengan Alia. Dalam masa yang sama, Kak Ain, kenalan Alia di Durham pula mahu menjodohkan Alia dengan adiknya yang bekerja di Jepun. Ramai sungguh yang prihatin dengan Alia ni kan?

Kesungguhan Aiman akhirnya berjaya membuka hati Alia. Walaupun Alia kaku dan sedikit dingin sepanjang pertunangan mereka, dia tetap berusaha untuk menerima Aiman dalam hidupnya.

Dugaan bagaikan tak putus menghambat hidup Alia bila munculnya orang ketiga yang berjaya menggugat ketenangan rumah tangga Alia-Aiman Kehadiran Akmal Hani, cinta pertama Aiman ditambah dengan desakan faktor persekitaran termasuk isu zuriat telah memburukkan lagi masalah mereka. Walaupun terluka, Alia berusaha untuk menerima perkahwinan kedua Aiman seikhlasnya. Namun siapa sangka kerana salah faham dan sikap terburu-buru Aiman, Alia akhirnya diceraikan.

Sedih? Memang sedih. Tapi Alia redha dan berusaha untuk jadi kuat semata kerana zuriat yang sedang dikandungkannya. Kuatkah Alia menghadapi cabaran dan dugaan sebagai seorang ibu tunggal?

Komen saya:

1. Zarif Aiman - entah kenapa saya memang 'tak selesa' dengan watak ini sedari awal. Mungkin kerana sikapnya yang suka memaksa dan agak diktator. Kata orang, yang susah nak dapat tu patutnya kita hargailah sebaiknya. Tapi Aiman ni boleh pulak terbuai dengan sejarah cintanya dengan Akmal Hani. Baik tak bertempat. Heh. Dah hilang baru nak menyesal. Baru sedar yang mana kaca, yang mana permata. Padan muka!

2. Akmal Hani - watak ini memang mengingatkan saya kepada Wairah (Lelaki Januari). Watak yang mengundang trauma orang perempuan. :( Ingatan untuk diri sendiri; kalau boleh orang perempuan ni janganlah suka gunakan kelemahan diri mereka untuk tarik perhatian lelaki. Taktik yang sangat murah okay? :(

3. Ikhwan - ini watak kegemaran saya. Tiba-tiba jadi bias. Haha. :P Bagi saya watak Ikhwan sangat gentleman. Dia yakin dengan percaturan Allah. Kemudian bila peluang kali kedua datang dia tak bertangguh sebab tak mahu terlewat bertindak lagi. Untung kan? Betullah kata orang, sabar itu indah. :)

4. Alia - saya suka watak Alia. Tegas. Tetap pendirian. Tak mudah kalah pada tekanan. Buruk macam mana pun layanan suami tetap disimpan kukuh dari pengetahuan keluarga. Cuma itulah, jodohnya bersama Aiman memang tak panjang. Dan watak Alia ni sebenarnya mengajarkan kita erti ketabahan dan tak mudah putus asa.

5. Terima kasih dan tahniah buat penulis untuk kisah yang penuh pengajaran (dan beremosi) ni. Moga diberikan kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi cerita dengan para pembaca. :)

View all my reviews

0 comments:

Post a Comment

 

.:my next playground:. Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review